RAHASIA HATI

RAHASIA HATI

  • WpView
    Reads 15,211
  • WpVote
    Votes 1,002
  • WpPart
    Parts 31
WpMetadataReadMatureComplete Thu, Jul 6, 2023
WpInfo
Fiction
Romance
Bertahun-tahun menanggung rindu pada si kekasih semakin bertemu penghujung. Akhirnya, tiba jua masa yang ditunggu-tunggu. Ikatan yang pernah dijanjikan diharap dapat terikat dan disimpul mati. Namun, tidak semua kebahagiaan yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Janji yang pernah dibuat untuk mengikat hati antara Laila Arleesa bersama Syed Mikael tidak kesampaian apabila kepulangan lelaki itu membawa satu 'kejutan' besar. Kekecewaan Laila Arleesa bertambah parah apabila perangai Syed Mikael semasa berada di luar negara terdedah. Demi maruah lelaki itu, dia diamkan segala yang dia tahu asalkan lelaki itu masih tinggal sebumbung dengan keluarganya. Bagi Arleesa, dia tidak mahu menjadi sebab lelaki itu dipandang serong oleh keluarganya sendiri. Tambahan pula, Arleesa sedar kedudukan dia di rumah itu. Namun, pertemuan dengan Khalil mengubah segalanya. Yang dia nampak, cuma masa depan bersama lelaki itu.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tanpa Cinta [COMPLETE]
  • Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
  • Terciptanya Engkau Buatku.
  • CERPEN JANGAN LUPAKAN AKU ✔
  • WHEN HE FELL HARDER
  • Maaf,aku terlambat
  • Selamanya Dalam Hati (Complete)
  • Milaya

Sinopsis: Ar-rayyan Reinfansyah, seorang lelaki yang berjaya dalam kerjaya namun keras dalam pendirian, dipaksa berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya, Arabella Haura. Bagi Rayyan, perkahwinan ini adalah hukuman-dia telah lama mencintai seseorang yang lain, namun keluarganya menghalang hubungan itu. Haura pula seorang wanita lembut tetapi menyimpan luka dari masa lalunya. Pada awalnya, Rayyan melayan Haura dengan dingin dan tidak pernah memberikan hatinya. Dia menganggap perkahwinan ini satu beban. Namun, tanpa dia sedari, kehadiran Haura perlahan-lahan mengubah hidupnya. Haura tidak meminta cintanya, hanya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Kesabarannya menghadapi kebencian Rayyan membuatkan lelaki itu mula melihatnya dari sudut yang berbeza. Namun, di saat Rayyan mula menerima Haura, muncul semula cinta lamanya, Camella Dealova, yang kini kembali dengan niat untuk menagih janji mereka yang pernah tergantung. Camella merayu agar Rayyan meninggalkan Haura dan kembali padanya. Rayyan berada dalam dilema-antara mengejar cinta lama atau menerima cinta baru yang hadir tanpa diduga. Seiring waktu, Rayyan mula menyedari bahawa perasaan yang dia sangka kebencian terhadap Haura sebenarnya adalah ketakutan untuk menerima sesuatu yang tidak pernah dirancang. Tapi, adakah masih ada ruang untuknya menebus kesilapan, atau segalanya sudah terlambat? ---

More details
WpActionLinkContent Guidelines