Di Sekolah Rendah Mengisahkan tentang 2 sahabat baik yang berkawan daripada kecil iaitu Rahimi dan Fakrul.Pada suatu hari,seorang budak perempuan baru pindah ke sekolah mereka yang telah membuatkan salah seorang daripada mereka telah jatuh cinta iaitu Rahimi.Dia pun cuba untuk mengorat budak perempuan itu.Selepas mencuba beberapa kali,akhirnya dia berjaya menambat hati budak perempuan itu dan melupakan sahabatnya sendiri iaitu fakrul.Dia melebihkan budak perempuan tersebut daripada Fakrul. Disebabkan dia telah mula melupakan Fakrul dan membuatkan Fakrul benci budak perempuan itu.Fakrul telah mencuba beberapa kali untuk memisahkan dia dengan budak perempuan itu.Dia pun marah dan selalu bergaduh dengan Fakrul. Pada suatu hari,budak perempuan itu telah dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan. Pembuli itu membuli budak perempuan tersebut setiap hari kerana salah seorang daripada mereka menyukai rahimi.Pada suatu hari,Fakrul pun melihat kejadian tersebut dan menghalang pembuli daripada membuli budak perempuan itu.Dia pun membawa budak perempuan itu ke bilik rawatan. Fakrul hendak pergi dan meninggalkan budak perempuan itu dibilik rawatan tetapi ditahan oleh budak perempuan itu.Dia pun mula jatuh cinta dengan perempuan tersebut.Rahimi pun merasa pelik dan cemburu dengan keakraban mereka berdua.Rahimi pun berjumpa dan bertanya dengan fakrul hubungan fakrul dengan budak perempuan itu.Fakrul pun jujur mengatakan dia pun jatuh cinta dengan budak perempuan itu.Terjadilah pergaduhan dua sahabat baik ini.Apakah mereka tidak akan berbaik?Siapakah yang akan dapat budak perempuan itu?