8 parts Ongoing Arabella Celestia tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah sepenuhnya selepas sebuah keputusan yang diatur oleh kedua-dua orang tuanya. Perkahwinan tanpa cinta, tanpa pilihan, dan tanpa kerelaan. Dengan hati yang penuh kebencian, dia terpaksa menerima takdir itu. Andrew Lewis, lelaki yang menjadi suaminya, bukanlah pilihan hatinya, tetapi dia seorang lelaki yang penuh dengan kesabaran dan kebaikan.
Namun, hidup tidak selalunya seperti yang dirancang. Arabella mula mengenali Andrew lebih dalam, dan di celah-celah kebenciannya, muncul perasaan yang tidak pernah dia sangka rasa sayang yang semakin mendalam. Tetapi, apakah cinta cukup untuk menyembuhkan hati yang pernah terluka?
Dalam perjalanan ini, mereka diuji dengan konflik, hadirnya orang ketiga, dan rahsia-rahsia yang perlahan-lahan terbongkar. Adakah Arabella mampu melupakan dendam silamnya? Adakah Andrew cukup tabah untuk bertahan demi sebuah cinta?
' beneath the hatred ' adalah kisah tentang kebencian, pengorbanan, dan cinta yang tumbuh dalam keadaan yang tidak diduga. Mampukah cinta merobohkan tembok kebencian yang memisahkan mereka? Atau adakah mereka akan tewas kepada takdir yang tidak berpihak?"
Takdir menulis kisah cinta ini.
Start : 21/11/24
End : ?