Atelia berkahwin ketika di usia muda namun kehidupan rumah tangga tidak seindah yang diangankannya. Dia menjadi mangsa dera suami dan keluarga mertua selama bertahun-tahun. Sehinggalah dia menemui keberanian untuk melepaskan diri dari penderitaan itu apabila dia berkenalan dengan Ikmal. Selepas bercerai dengan Hairi, Atelia bekerja di kafe milik Ikmal dan telah menjadi kawan baik kepada lelaki itu. Ikmal di dalam diam menaruh perasaan terhadap Atelia namun gadis itu telah terlalu banyak terhutang budi kepada lelaki itu. Entah mengapa kehadiran kawan lamanya, Aydin memutikkan semula perasaan Atelia terhadap cinta. Namun seringkali itu juga perasaannya berkecamuk tatkala Ikmal turut mengejar cintanya. Atelia yang masih trauma dengan kisah lalu tidak dapat membuka sepenuh pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Di antara Ikmal dan Aydin, siapakah yang berjaya memenangi hati Atelia? Jawapannya ada di dalam ilham saya, berjudul Ajarkan Aku Cinta. Dea hanya share bab-bab awal sahaja ya :) Untuk bacaan penuh dan nak tau ending....haaa nantikan novel ini keluar di pasaran tidak lama lagi ya!All Rights Reserved