TAJUK : JANGAN GANGGU BUAH HATIKU
PENULIS : ISMA ADELIYA
NO ISBN : 978-967-0907-12-3
BLURB:
Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya?
"Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan... saya sanggup gila sepanjang hayat."- Irsyad Rifqi
Keadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi. Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri?
"Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada." - Irsyad Rifqi
Tambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan.
"... Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!" - Aish Mirza
Bila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi?
"A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!" - Irsyad Rifqi
"Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang..." - Aish Mirza
Berjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?
As Claire aims to leave her oppressive stepfamily behind, she befriends Zion. Will he be her ticket to freedom or a distraction in achieving her dreams?
*****
Claire Olsen has had a crush on Zion Petrakis since the first time she laid eyes on him, but he never noticed, instead only having eyes on the school's it girl, Maddie Jennings. Knowing she couldn't compete with Maddie, Claire hid her feelings for Zion, satisfied with admiring him from afar. However, when a series of events led Claire closer to Zion, her feelings for him grew from infatuation to love. And despite fighting hard to keep her feelings contained by distancing herself from Zion, he was determined to show her that he's earned a spot in her life.
[[word count: 100,000-150,000 words]]