Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira Dorayaki
  • Reads 8,414
  • Votes 51
  • Parts 11
  • Time 2h 47m
  • Reads 8,414
  • Votes 51
  • Parts 11
  • Time 2h 47m
Ongoing, First published Sep 10, 2019
TAJUK : MAAF, SAYA TAK SENGAJA
PENULIS : AKIRA DORAYAKI
NO ISBN : 978-967-0907-18-5

BLURB:

"Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???" - Aina Cempaka.

"Adoi, sakitlah bongok!" - Faiz Iqbal.

"Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu tau!" - Aina Cempaka.

Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa.

"...resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payah nak cover muka kau tu lagi..." - Faiz Iqbal.

Faiz Iqbal memang selamba.

"Encik Iqbal nak pecat saya ke?" - Aina Cempaka.

"Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?" - Faiz Iqbal.

Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa.

Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi, Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan?

"Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka." - Faiz Iqbal.

Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?
All Rights Reserved
Sign up to add Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira Dorayaki to your library and receive updates
or
#691cinta
Content Guidelines
You may also like
Slide 1 of 1
The Boy I Admire From Afar cover

The Boy I Admire From Afar

125 parts Complete

As Claire aims to leave her oppressive stepfamily behind, she befriends Zion. Will he be her ticket to freedom or a distraction in achieving her dreams? ***** Claire Olsen has had a crush on Zion Petrakis since the first time she laid eyes on him, but he never noticed, instead only having eyes on the school's it girl, Maddie Jennings. Knowing she couldn't compete with Maddie, Claire hid her feelings for Zion, satisfied with admiring him from afar. However, when a series of events led Claire closer to Zion, her feelings for him grew from infatuation to love. And despite fighting hard to keep her feelings contained by distancing herself from Zion, he was determined to show her that he's earned a spot in her life. [[word count: 100,000-150,000 words]]