TAJUK: FIRDAUS BUAT JANNAH PENULIS: DANISYARAHMAT ISBN NO: 978-967-0907-67-3 HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS) BLURB: Dek kerana malam jahanam itulah, jalan hidup NUR JANNAH berubah. Akibat desakan kewangan, dia terpaksa menamatkan zaman daranya di tangan lelaki yang hampir memusnahkan maruahnya. Bagi RAIS FIRDAUSI pula, gaya hidup bebasnya di luar negara telah menjeratnya dalam satu pernikahan. Semuanya diturutkan demi Alice, adik tersayang. Apabila ijab kabul telah termeterai, Nur Jannah nekad untuk mencintai suaminya itu selagi hayat dikandung badan. Tapi bukan mudah untuk menukar rentak hidup suami separuh mat salih yang terlebih western. Maka bermulalah cabaran Nur Jannah menarik suami westernnya ke jalan yang diredai. Berpeluh juga Rais Firdausi mengawal diri daripada godaan dan cubaan isteri kampungnya itu. 'First impression' terhadap isterinya itu ternyata meleset. Saat cinta mula bersemi, dugaan datang melanda. Rais Firdausi terpaksa pasrah. Jodoh mereka ternyata tidak panjang. Dia punya misi untuk mencari pengganti bagi menjaga Nur Jannah dan zuriat yang bakal lahir. Muncul Raiz Firdaus, teman sekampung isterinya yang mencintai dalam diam. Pada lelaki inilah disandarkan harapan. Moga Firdaus ini diciptakan untuk menemani Nur Jannah sehingga ke akhir hayat. "Kalaulah umur aku tak panjang, kesian Jannah tak ada orang jaga dan lindungi dia. Kau kahwinlah dengan dia lepas aku mati." - Rais Firdausi. "Kau sedar tak apa yang kau minta ni? Jannah tu bukan barang untuk kau berikan pada aku sesuka hati!" - Raiz Firdaus. Tercapaikah hajat Rais Firdausi? Sanggupkah Jannah membelah hatinya untuk lelaki lain? Mampukah Raiz Firdaus menakluki hati Jannah?All Rights Reserved