TAJUK: SUPERGIRL
PENULIS: WARDINA AISYAH
ISBN NO: 978-967-0907-68-0
HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)
BLURB:
AINA MEDINA, dia bukan seperti anak-anak gadis sebayanya. Dalam usia 21 tahun, dia terlalu sibuk bekerja siang malam demi mencari duit menyara kehidupan. Tak kira penat atau sakit, dia tetap kuat demi orang-orang tersayang. Lagaknya tak ubah seperti seorang 'Supergirl'.
LUTH ZULKARNAIN, lelaki yang punya segala-galanya. Rupa, harta dan pangkat. Namun ada satu yang lelaki ini tidak miliki. Cinta! Ya, lelaki setampan Luth tidak terisi hatinya dengan cinta setelah kecewa dengan percintaan lalunya. Baginya semua perempuan itu punya sifat yang sama. Mata duitan!
Satu insiden, menembungkan dua insan dari dua dunia berbeza.
Tawaran itu Aina rasakan sesuatu yang tak masuk dek akal. Mustahil dia menerimanya. Memang dia orang susah. Perlukan wang demi menyara keluarga. Namun dia bukanlah perempuan murahan yang menjual maruah. Dia tidak kemaruk menerima tawaran kerja paling gila pernah didengarnya itu. Merepek! Mengarut! Merapu meraban!
Namun, kemelut yang dihadapi semakin bertimpa-timpa. Pak sunya dikejar pemiutang. Manakala ibunya pula terpaksa menjalani pembedahan yang mana tidak mampu dibiayai olehnya. Akibatnya dia tersepit. Dalam terpaksa, kerja gila yang ditawarkan oleh mamat muka ketat itu terpaksa juga diterima. Hanya itu jalan yang dia ada.
Maka... bermulalah kehidupan Luth Zulkarnain dan Aina Medina yang berpaksikan kepura-puraan.
Dalam melayari kehidupan yang penuh dengan olok-olok, benarkah tiada cinta yang menyapa? Jika benar bagai dikata, mengapa mata Aina sentiasa berbulu setiap kali si langau gedik menggeletis datang menghimpit Luth tanpa segan silu? Luth pula, kenapa hatinya rasa seperti ingin meletup setiap kali sahabatnya Awie datang menggoda Aina?
Mampukah Aina si Supergirl ini bertahan demi orang-orang tersayang? Terusan berkorban meskipun hatinya sendiri calar-balar?
As Claire aims to leave her oppressive stepfamily behind, she befriends Zion. Will he be her ticket to freedom or a distraction in achieving her dreams?
*****
Claire Olsen has had a crush on Zion Petrakis since the first time she laid eyes on him, but he never noticed, instead only having eyes on the school's it girl, Maddie Jennings. Knowing she couldn't compete with Maddie, Claire hid her feelings for Zion, satisfied with admiring him from afar. However, when a series of events led Claire closer to Zion, her feelings for him grew from infatuation to love. And despite fighting hard to keep her feelings contained by distancing herself from Zion, he was determined to show her that he's earned a spot in her life.
[[word count: 100,000-150,000 words]]