"Tak payahlah buat muka malu-malu kucing, aku tak teringin pun nak dekat dengan kau. Geli!" - Muslim "Setelah akad terlafaz atas saya, maka suka atau tidak, saya sudah menjadi hak Encik Muslim" - Mariam Diangkat menjadi isteri dalam usia tersangat muda bukanlah sesuatu yang mudah bagi Mariam. Lagi-lagi menjadi isteri kepada seorang Muslim. Kesabarannya sering diuji. Namun untuk berpaling bukanlah Mariam. Dalam diasak kebencian oleh suami sendiri, dia teguh berdiri sebagai seorang isteri kerana sudah menjadi tanggungjawab dia berada di sisi suami. Saat pengorbanannya mula membuahkan hasil, rumah tangga mereka diuji. Kerana sebuah fitnah, mengubah semuanya. Dirinya dipersalahkan dan status 'janda' menjadi galang ganti. Kecewa dengan takdir, dia membawa diri jauh daripada yang mengenalinya. 7 tahun berlalu, Mariam ditemukan dengan Dzulfahmi, lelaki yang merupakan sahabat sekampung sejak kecil. Apakah takdir ini kejam? Dipertemukan dengan lelaki itu dia tidak kisah, tetapi tanpa mereka sedar ia bakal merubah kehidupan mereka. "Kau tak percayakan aku? Kau bukan isteri orang, kan?" - Dzulfahmi "Tak, Dzul. Aku bukan milik sesiapa. Aku janda, Dzul. J-A-N-D-A!" - Mariam "Buat apa aku nak cari anak dara lain kalau depan aku ni pun masih anak dara?" - Dzulfahmi Pertemuan yang singkat menyingkap sejarah lama, berjaya memujuk hati Mariam kembali ke tempat asal. Dek asakan rindu yang menebal dan rasa bersalah terhadap keluarga di kampung, dia rela. "Be my journey." - Dzulfahmi Dzulfahmi melamar dan Mariam terima. Saat semuanya kembali seperti asal, Muslim pula menagih kasih Mariam kembali, sedangkan hati Mariam masih terparut luka lama. Mariam keliru sehingga akhirnya Dzulfahmi menjauh. Apakah dia harus mulakan cerita baharu dan tinggalkan sejarah lama yang menyakitkan? Adakah bahagia yang sudah lama pergi menjengah hidupnya semula? Cinta bukan untuk menyakiti. Cinta membahagiakan walau hati tersakiti!
12 parts