TAJUK: VEENEA
PENULIS: AIFA BATRISYA
ISBN : 978-967-2185-48-2
HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)
BLURB:
Kepulangan Veenea lebih awal sengaja dirahsiakan daripada bonda kerana misinya. Kasih yang lama terputus dengan ibu kandungnya mahu disambung kembali. Selangkah dia masuk ke teratak bonda kelak, belum tentu lagi dia dapat peluang yang sama.
Anas Hafiy Hamazaki... Sikapnya persis arwah ayahnya dari segi tutur kata, gerak badan dan lenggok bahasa. Cumanya versi lain. Versi orang Jepun! Bertahun Veenea menuntut ilmu di negara matahari terbit itu, tidak ada pula yang berkenan di hati. Sudahnya, sekembali ke Malaysia, KLIA menjadi tempat mereka bertemu dan mula menganyam kasih.
Haryk Mateen... Sikapnya bajet-bajet cool dan emotionless. Dalam sikap jengkel, dia punya keprihatinan tahap A yang kadangkala merimaskan Veenea. Yang si adiknya Hairyl Maleek pula tidak sudah-sudah mengaku ibu Vee itu ibunya. Mamanya yang terkenal seantero antarabangsa itu tidak pula dihairankan.
Veenea tersepit sendiri. Misi hendak bermanja dengan ibunys menjadi sukar dengan kehadiran dua beradik itu. Hubungan dengan Anas pun jadi tidak menentu apabila Eril tak sudah-sudah dengan kempen - 'abang kita suka perempuan garang macam akak!'
Namun, apabila bonda bagi syarat untuk dia punya peluang terus bertemu dengan ibunya, Veenea kira Anas adalah kuncinya.
"Kita baru aje kenal. Awak setuju macam tu aje?"- Veenea
"Sebab orang tu awak. Takkan saya nak menolak? Dai suki dayo..."- Anas
Tapi apabila semakin hari sikap Anas berubah dan seolah-olah punya rahsia sendiri, Vee jadi sangsi. Betulkah Anas itu jodohnya?
"Anata to issho ni itai desu ( saya nak hidup dengan awak)." - Anas
"Uhibbuka fillah (saya sayang awak kerana Allah)." - Erik
Antara Tomohisa Yamashita dengan Zaynn Maleek versi celup, siapa yang akhirnya membantu misi Veenea untuk terus menjaga hati bonda dan mencuri hati ibunya? Jujurnya, Veenea buntu. Menjadi seorang Veenea, sesungguhnya tidak semudah itu.
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .