10 parts Complete "Jangan pergi terlalu jauh,kamu akan masuk ke dalam lubuk itu dan maut menanti!"
Kisah pengembaraan epik diantara dua beradik puteri kerajaan Graiy Kingdom yang ingin mencari asal usul mereka.
Graiy Kingdom bukanlah sebuah kerajaan yang maju dengan pelbagai teknolongi dan besar. Ianya adalah sebuah kerajaan kecil yang terletak berhampiran dengan hutan misteri yang menyimpan banyak rahsia dikanali sebagai Lovely Forest.
Graiy Kingdom juga sebuah kerajaan kecil yang sangat unik kerana penduduk dalamnya bukan sahaja terdiri daripada manusia biasa. Ia juga dihuni oleh kaum Demon dan angle,kaum Wizard(ahli sihir baik) dan kaum Dragon Nite(mampu melatih naga).
Kerana satu mimpi dan sebuah bilik rahsia yang telah mendorong dua beradik ini pergi ke hutan itu biar pun dikatakan bahawa hutan itu sangat bahaya. Mereka ke sana dengan hanya satu tujuan yang pasti. Mereka mahu mencari kebenaran dengan merungkai mimpi yang dialami dan juga misteri bilik rahsia tersebut. Bagi dua beradik ini,hanya Lovely Forest sahaja tempat untuk mereka mencari jawapannya.
Pengembaraan mereka tidak sendirian kerana mereka ditemani oleh kawan kawan mereka sejak dari kecil ialitu Elf,lelaki yang berdarah keturunan Demon dan dia mampu menguasai sihir. Jackson,lelaki berdarah kacukan angle dan Dragon Nite juga tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka. Ryu,seekor naga jantan kesayangan Jackson turut bersama.