17 parts Ongoing Aina, gadis berusia 23 tahun, menyimpan satu rahsia gelap yang tak pernah diketahui sesiapa - dia mewarisi saka dari arwah ibunya. Sejak kecil dia hidup dalam gangguan yang tak pernah berhenti, tapi pandai menyorokkan semua itu di sebalik senyuman.
Apabila geng sahabat rapatnya - Zarel, Akim, Raqih, Fieya, dan Lisa - merancang untuk masuk ke hutan bagi satu ekspedisi rekreasi, Aina nampak itu sebagai peluang terakhir untuk melepaskan saka yang menghantui hidupnya.
Namun, niat yang disangka jalan kebebasan bertukar jadi malam penuh mimpi buruk.
Saka itu rupanya tidak mahu dilepaskan... malah menuntut pengganti.
APAKAH SEMUA INI TERCAPAI ATAU APA TERJADI SEBALIKNYA???