Sinopsis Pertemuan kedua mengubah hidup Imin setelah ditakdirkan hidupnya bertemu dengan seorang jejaka idamannya. Hidup bagaikan mimpi yang cukup indah. Walaupun pada awalnya hanya kenalan biasa, tetapi bak kata pepatah kalau sudah jodoh tak kemana. Perkenalan mereka telah menimbulkan satu perasaan yang aneh dalam diri masing masing. Sewaktu perkenalan mereka yang cukup indah tanpa mereka sedar keluarga mereka masing masing mempunyau jodoh buat mereka. Hadir orang ketiga mengganggu hidup mereka. Cabaran dalam perhubungan membuktikan kejujuran dan kesetian masing-masing. Pelbagai tipu muslihat yang diguna oleh si dia untuk memusnahkan hubungan yang baru ingin kukuh. Apakah yang bakal terjadi? Apakah hubungan mereka akan berakhir tanpa penamat? Adakah si dia berjaya memusnahkan segala-galanya?