FALLING
PENULIS: FAZLYN RIDZ
HARGA: RM 35.00(SM), RM 38.00 (SS)
ISBN N0: 978-967- 2225-08-9
BLURB:
Lelaki itu sebenarnya tidak suka wanita Korea. Kerana dia pernah berhadapan dengan kisah hitam ketika berada di London suatu masa dulu. Namun apa ada pada masa depan, dia tidak tahu!
Luqman bertemu Kim Jung Na semula di Seoul setelah beberapa tahun dia terlupa akan gadis itu. Anehnya, Jung Na masih ingat kepadanya. Ketika pertemuan, Luqman mendapat tahu Jung Na sudah bertunang atas pilihan ayahnya. Lebih aneh lagi, Jung Na seakan-akan cuba menggodanya. Apa mahunya gadis itu?
"Saya cuma nak seseorang pisahkan saya daripada Jang Hyuk Su." - Jung Na
Luqman cuba membenci setelah mendapat tahu tujuan sebenarnya gadis itu. Sayangnya, dia juga telah jatuh hati kepada Jung Na.
"Bersama saya keadaan akan jadi lebih susah. Saya tidak mahu awak menyesal kemudian hari." - Luqman
Sayangnya, ketika perasaan mereka bersatu, kad undangan perkahwinan Jung Na sudah siap dicetak. Sedaya upaya melepaskan cinta di hati, Luqman separuh gila jadinya. Dia nekad menghadiri majlis perkahwinan Jung Na; merasa terhina kerana Jung Na sengaja memberikan kad undangan itu dalam keadaan dia kecewa. Sudahnya, sebelum ikrar perkahwinan bermula, gaun perkahwinan Jung Na musnah di tangan Luqman dan upacara perkahwinan terpaksa dibatalkan.
Kerana cinta, Jung Na nekad mencari kekasih hatinya setelah Luqman tega membuat kecoh di majlis perkahwinannya. Demi cinta, dia telah mengahwini Luqman secara rahsia. Tetapi tidak mudah berhadapan dengan tentangan daripada bapanya yang angkuh itu.
Berjayakah mereka? Falling... cinta antara lelaki Melayu dengan wanita Korea. Ikan di laut asam di darat, tidak semestinya mudah untuk bersatu. Namun mereka terus setia dalam gelombang yang mendatang semata-mata untuk mencari kehidupan milik bersama.
As Claire aims to leave her oppressive stepfamily behind, she befriends Zion. Will he be her ticket to freedom or a distraction in achieving her dreams?
*****
Claire Olsen has had a crush on Zion Petrakis since the first time she laid eyes on him, but he never noticed, instead only having eyes on the school's it girl, Maddie Jennings. Knowing she couldn't compete with Maddie, Claire hid her feelings for Zion, satisfied with admiring him from afar. However, when a series of events led Claire closer to Zion, her feelings for him grew from infatuation to love. And despite fighting hard to keep her feelings contained by distancing herself from Zion, he was determined to show her that he's earned a spot in her life.
[[word count: 100,000-150,000 words]]