I'jien Gracevon@copyright protected ©2019/2020 Genre : Romance, Comedy, Drama Lang : Malay, English _ cerita ini hanya rekaan penulis. Jika ada persamaan dengan hidup anda, saya minta maaf. Tq _ _ EIRINE SWAN @ EPING ialah seorang balu yang telah kematian suami sejak 3 tahun lalu. Dia wanita yang suka hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Sejak suaminya meninggal dunia, dia tidak pernah lagi menjalinkan hubungan dengan sesiapa kerana niat untuk mendirikan rumahtangga yang kedua tidak pernah terlintas di fikirannya. Namun semuanya berubah apabila majikannya, puan Sierra iaitu seorang doktor dan juga pemilik farmasi tempat dia bekerja telah meminta pertolongannya untuk menjaga abang kembarnya yang sakit. Atas dasar prihatin dan simpati kepada puan SIERRA MATTHEW, Eping akur untuk menjaga abang kembar puan Sierra yang bernama MARK MATTHEW. _MARK MATTHEW ialah waris dan pengusaha sebuah kilang pembuatan kenderaan mewah bertaraf tinggi di negara ****** menggantikan mendiang bapanya. Dia seorang yang sangat suka bersendirian ketika berada di rumahnya tetapi tegas ketika menguruskan perniagaannya. Walaupun usianya telah menjangkau 40 tahun, tapi dia masih membujang dan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan wanita-wanita apatah lagi ingin beristeri. _Pertemuan di antara EPING dan MARK yang tidak disengajakan ini telah mewujudkan perasaan sayang, rindu dan cinta tanpa mereka sedari disebalik persengketaan kecil yang sering kali terjadi. Ingin tahu kisah humor ini dengan lebih lanjut? Silakan membaca dan sabar menanti update dari saya, I'jien Gracevon. Tq.
27 parts