𝐃𝐞𝐚𝐫 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞, 𝐏𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐅𝐚𝐥𝐥 𝐅𝐨𝐫 𝐌𝐞
24 parts Ongoing || 𝓓𝓮𝓪𝓻 𝓟𝓻𝓲𝓷𝓬𝓮, 𝓟𝓵𝓮𝓪𝓼𝓮 𝓓𝓸𝓷'𝓽 𝓕𝓪𝓵𝓵 𝓕𝓸𝓻 𝓜𝓮
Mustahil tidak ada yang mengenal Jeffrian Athariz, satu-satunya calon Raja yang akan memimpin Pandora bila ayahnya turun dari takhta. Sebuah kerajaan megah yang tidak berdiri di sebuah tapak kecil dan tidak dipimpin oleh calang-calang orang. Kerajaan Pandora menaungi banyak wilayah. Menjadikannya sebuah kerajaan paling terkenal dan berjaya.
Tidak lengkap seorang Raja tanpa Ratunya. Di sebuah majlis besar-besaran, semua Lady dari setiap wilayah dijemput. Majlis perjumpaan para bangsawan itu seolah pesta dewa dan dewi, namun anak mata seorang Jeffrian Athariz hanya tertarik pada Jeanette seorang.
Jeanette merupakan sebuah misteri yang ingin Jeffrian pecahkan. Tembok yang Jeanette bina hancur seketika bila Jeffrian tertarik padanya. Padahal, dia sudah berusaha untuk tidak menarik perhatian.
Rahsia keluarga yang disimpan nya tentu tergugat, tetapi menolak Jeffrian sama dengan menggadaikan nyawanya sendiri.
Tapi, menerima Jeffrian juga tidak jauh bezanya. Saat itu Jean sedar, hidupnya bakal berubah dalam seketika. Saat dimana Jeffrian pertama kali memandangnya.
Sekuat mana Jean menolak Jeffrian akan tetap memilihnya.
Heart want what it wants.
Hati Jeffrian mahukan Jean seorang dan tiada siapa pun yang berhak dan berani untuk menghalang. Jeffrian seorang lelaki yang berbahaya. Membunuh orang lain pun dia sanggup bila Jean tidak mahu padanya.
" Akhir sekali saya ingatkan, please don't fall for me. Saya bukan orang yang tepat. Saya harap kita tidak akan berjumpa lagi.
Sincerely
Jeanette. "
|| Written in BM/BI