Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa berada di kala susah dan senang. Tetapi, disebalik perwatakannya yang ceria dan riang itu, dia telah mengharungi kisah silam yang sangat tragis.
Airil Adryan a.k.a Dr. Annoying seorang pensyarah muda yang wajahnya sukar hendak mempamerkan senyumannya. Jika senyumannya itu terukir di bibir, sesiapa yang melihatnya akan terpersona dengan senyuman membunuhnya.
Perjumpaan mereka di universiti mendatangkan 1001 persoalan di akal fikiran Hazwini Raihana tentang Airil Adryan. Mengapakah dia dapat merasakan perjumpaan mereka seakan terkait dengan sesuatu?
Kejadian enam tahun lalu menyebabkan Hazwini sukar menerima takdir bahawa dia telah kehilangan dua insan tersayangnya hanya dalam sekelip mata. Punca kematian ayah dan juga abang sulungnya, Hazriq Raikkal masih kekal tidak terjawab.
Tetapi siapakah Airil Adryan kepada Hazriq Raikkal? Kehadiran lelaki itu juga membuat dirinya tidak tentu arah. Lelaki itu selalu mengugut untuk menolak markahnya apabila dia ingkar dengan arahan yang diberikan.
Namun, disebalik pekerjaannya sebagai seorang pensyarah, lelaki itu menyimpan pelbagai rahsia dan jawapan akan peristiwa yang menimpa Hazwini dan keluarganya.
"I want you permanently, not temporarily. " - Airil Adryan
"Lelaki annoying dan paling bangang aku pernah jumpa adalah kau!"- Hazwini Raihana
"Mungkin satu hari nanti, kau adalah kebahagiaan sebenar dia. Bukan aku atau sesiapa." - Hazriq Raikkal
"SYURGA' AKU TETAP TUNGGU KEHADIRAN MEREKA."
Sedikit demi sedikit, Hazwini mula menjejaki mamklumat pembunuh misteri ayah dan abangnya. Kehadiran Mia Qistina menambahkan hairannya. Gadis penuh dengki serta sombong itu juga adalah musuh tradisi sahabatnya, Liana Imanina.
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed