MENYAYANGIMU

MENYAYANGIMU

  • WpView
    Leituras 41,580
  • WpVote
    Votos 790
  • WpPart
    Capítulos 17
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização sex, ago 28, 2020
WpInfo
Ficção
Romance
Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara? Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang kesumatnya pada lelaki itu. Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana? Iman membantah cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, memaksa Iman membuat keputusan sama gila. "Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar." Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual pun jarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu. Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu? Gila. Ini kegilaan nombor dua! "Kadang-kadang, Iman... apa awak fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran."-Hadrian Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu-persatu. Setiap rahsia yang tersingkap, hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian. Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara. "Awak masih berfikir tentang dia?"-Iman "Ya. Setiap detik."-Hadrian
Todos os Direitos Reservados
#21
lovehate
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • CINTA YANG TERKUBUR (SHORT STORY)
  • SUMPAH CINTA
  • Takwil Cinta Zulaikha
  • Hati Yang Tersakiti (Complete)
  • HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]

Dalam dunia yang penuh dengan konflik, Sofiya Andreana adalah seorang gadis polos yang sentiasa berharap akan cinta sejatinya. Namun, hidupnya berubah drastik apabila dia dipaksa berkahwin dengan Iman Haydar, seorang CEO yang juga merupakan mafia boss kumpulan Black Dragon Mafia. Dikenali sebagai seorang yang digeruni, Iman membenci perkahwinan ini, menganggap Sofiya sebagai punca kehancuran hubungan dengan kekasihnya yang terdahulu, Alora. "Kenapa kau perlu wujud dalam hidup aku, Sofiya? Segala-galanya menjadi huru-hara sejak kau muncul!" Iman melepaskan kemarahan, meninggalkan Sofiya yang terkejut dan kecewa. Sofiya berjuang untuk mencintai Iman dalam keadaan yang sukar. Namun, dia tidak pernah tahu bahawa Sarah, kawannya sendiri, adalah punca segala masalah yang menimpanya. Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan, Sofiya tetap bertahan, bahkan ketika dia didiagnosis dengan kanser paru-paru. "Iman, saya sakit... Saya perlu beritahu awak sesuatu," Sofiya berkata dengan nada penuh harapan di hospital. Namun, Iman hanya merenungnya dengan acuh tak acuh. Hubungan mereka semakin retak apabila Iman mengabaikan Sofiya dan memilih untuk kembali kepada Alora. Sofiya berusaha mendapatkan perhatian Iman, tetapi segala usaha itu sia-sia. Malah, Iman berkeras untuk menyuruhnya menggugurkan kandungan yang tidak diingininya. "Gugurkan saja anak itu, Sofiya! Dia bukan anak saya!" Iman menengking, sementara Sofiya menangis dalam kesedihan. "Saya tidak akan gugurkan anak ini, Iman. Ini adalah satu-satunya yang mengingatkan saya kepada kita," jawabnya tegas. "Jagalah Adam, Iman. Dia memerlukan kau... dan saya ingin kau tahu, saya akan sentiasa mencintai kau," - Sofiya Andreana "Iman, dekatkan dirimu kepada Allah. Cinta itu kekal, meskipun kita terpisah," Sofiya menulis dalam diarinya. Dengan tekad baru, Iman berjanji untuk mendidik Adam dengan kasih sayang yang Sofiya ingin diajarkan dan mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo