4TH ROMANCE BY _AISYWA Malam itu, malam yang bermakna buat ALFHIA NAILUFAR. Siapa sangka, ada hikmah dia sakit perut dan harus balik ke rumah lebih awal dari parti ulangtahun sahabatnya. "Awak okey?" - AARIZ HAIDER "Sa... sayaaa..." - ALFHIA NAILUFAR Bagi ALFHIA NAILUFAR, dia berhutang budi kepada pemuda yang membantunya pada malam itu. ALFHIA NAILUFAR mahu bertemu lelaki itu sekali lagi. Takdir membawa mereka untuk bertemu, tapi kali ini mereka akan sering bersua muka. ALFHIA NAILUFAR mulakan langkah pertama, namun ditolak mentah-mentah siap ada tembok di antara mereka berdua. Cinta itu dikambus begitu saja, namun apabila satu tragedi, AARIZ HAIDER datang menyelamat. Maruah seseorang harus dilindungi. Tanpa mereka sedar, hubungan mereka semakin akrab sehingga cinta yang terkambus kembali bermain di taman hati. "Are you jealous, Alfhia?" - AARIZ HAIDER Perjalanan kisah cinta mereka tidak sempurna tanpa ujian demi ujian. Sehinggalah rahsia AARIZ HAIDER mula terbongkar. Adakah ALFHIA NAILUFAR masih mempercayai dan mencintai lelaki itu? "Just one night, will you be my girlfriend?" ©️ Hak Cipta Terpelihara AISYWA, 2022
8 parts