HIGHEST RANKING:
#1 in novel fiksyen (18/11/2019)
#1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021)
#2 in thriller (13/11/2019)
#2 in aksi (11/11/2019)
#2 in secrectagent (18/11/12019)
#3 in actionpacked (18/11/2019)
#3 in suspens (8/2/2021)
#8 in action-thriller (11/11/2019)
********
NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN
-
Sinopsis belakang buku:
2019. RED OPERATION
Objektif: Jatuhkan ketua paling tinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society
Misi: Menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun
Sasaran: Athena Li
"Athena? As in... the Greek goddess?"
"Lebih tepat lagi, the goddess of war."
Bagi Kai, dia tidak peduli. Sama ada wanita itu ialah dewi peperangan atau pun tidak. Yang pasti dia ialah Cobra. Salah seorang hacker terbaik di Malaysia, merangkap salah seorang ejen terbaik dalam organisasi rahsia, The Shadow. Dia akan menyeludup masuk macam ular, dan akan keluar macam ular. Tiada siapa yang tahu, kecuali bila mereka mati terkena bisanya.
Namun...
Berdepan dengan seorang Athena Li, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu benar-benar cocok dengan namanya. Dingin, keras, bijak, manipulatif dan... kejam.
"Huh, berlagak malaikat!"
"Malaikat? Tak. Kenapa aku nak jadi malaikat, kalau aku boleh jadi syaitan?"
Tidak cukup dengan itu, Athena membuat sesuatu. Tidak terjangkau dek akalnya. Tidak terduga oleh The Shadow. Misi mereka dalam bahaya. Lebih-lebih lagi, bila Athena menjatuhkan bom paling besar.
"Nice to meet you. I am..."
Sekarang, apa yang akan berlaku? Bila Kai bukan setakat perlu menjayakan misinya, tetapi juga perlu berdepan dengan Athena. Lagi haru, bila dia mula menyedari... bahawa sesungguhnya, dia sudah jatuh cinta pada wanita berbahaya itu.
Intan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yang dalam dalam hati Intan. Segala penantian dan harapan selama ini ternyata hanya sia-sia.
Di kem PASKAL, Intan tidak menjangka akan berdepan dengan cabaran bukan sahaja dari segi profesion, tetapi juga dari segi perasaan. Di situ, dia bertemu dengan Leftenan Dayyan Mikael - seorang pegawai muda yang berkarisma, disiplin, dan juga sahabat baik kepada abang Intan yang juga merupakan Leftenan. Pada mulanya, hubungan mereka hanya terbatas kepada urusan kerja, namun perlahan-lahan, Dayyan mula terpikat dengan keteguhan, sifat garang dan perihatin Intan.
Intan yang masih bergelut dengan luka lama tidak mudah membuka hatinya. Namun kehadiran Dayyan yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah mendesak, membuatkan Intan mula meragui hatinya sendiri. Adakah ini peluang kedua yang Allah berikan untuknya mencintai dan dicintai? Atau adakah dia masih terperangkap dalam bayang-bayang masa silam?
"Operasi Rahsia: BLACK CODE" adalah kisah tentang kecekalan hati seorang wanita, keberanian dalam memilih jalan hidup, dan keindahan takdir yang sering hadir di saat tidak diduga dan juga menunjukkan semangat setia kepada negara serta kekuatan persahabatan.
(Dihasilkan pada 2024 dan di post pada 2025)