Seorang remaja berumur 17 tahun dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya, lelaki itu merupakan cucu kepada salah seorang rakan atuknya. Dia terpaksa pulang semula ke tanah airnya setelah sekian lama tinggal di luar negara. Tengku Qaira Maisara, seorang remaja yang berperwatakan ceria tapi tersangat matang dalam menyelesaikan masalah. Hidupnya tidak seindah yang disangkakan kerana keluarganya membencinya tanpa sebab yang diketahui. Kehidupannya menjadi tunggang langgang setelah berkahwin dengan seorang jejaka yang menjadi pilihan atuknya. Tengku Aryan Mikael, seorang lelaki yang perwatakan dingin dan hanya rapat bersama orang yang tertentu sahaja. Hidupnya menjadi huru hara atas kedatangan seorang perempuan yang dikatakan bakal isterinya. Aryan dan Qaira dipaksa kahwin kerana atas permintaan keluarga mereka. Mereka terpaksa setuju untuk membalas jasa kedua keluarga mereka kerana menjaga mereka dari kecil hingga besar. "Aku setuju kahwin dengan kau sebab mummy and daddy aku je. Jangan pernah berharap yang aku akan terima kau dalam hidup aku" ~ Tengku Aryan Mikael "Saya pun setuju nak kahwin dengan awak sebab harabuji je. Dan saya tak akan pernah berharap apa - apa dalam perkahwinan ni" ~Tengku Qaira Maisara Perkahwinan mana yang tidak diuji, seorang pelajar sekolahnya yang tergila-gilakan Aryan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan Aryan. " I takkan benarkan sesiapa dapat Aryan selain I... Tengku Aryan hanya milik I..." ~ Rania Humaira "Saya sukakan awak,Qaira"~Khairul Iman "Aku akan pastikan kau mati suatu hari nanti,Qaira" ~??? Dapatkah mereka hidup bahagia seperti orang lain? Dapatkah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Dapatkah mereka bahagia seperti pasangan lain? Apakah sebab keluarga Qaira membencinya? Apakah yang akan berlaku pada mereka? Adakah perpisahan jalan yang terbaik??? ~Semuanya bakal terjawab dalam Desire Love...~ ~Jangan lupa vote DL!?~All Rights Reserved