Luna seorang gadis yang pendiam, tidak pandai bergaya simple sahaja dan tidak menampakkan status kekayaannya itu kepada orang ramai. Hanz hanya mempergunakan Luna kerana duit dan harta sahaja. Hanz bukan benar2 mencintai atau menyayangi Luna dia hanya akan sayang Luna kalau Luna memberikannya duit atau membelikan apa sahaja yang Hanz mahukan. Luna mulai sedar yang dia di permainkan oleh teman lelakinya itu. Walaupun begitu Luna tidak pedulikan apa yang katakana oleh orang sekelilingnya termasuk pelajar2 sekolejnya. Luna terpaksa tebalkan mukanya dengan hinaan yang dilontarkan oleh Hanz kepadanya ketika itu. Luna mempunyai dua orang abang dan Luna yang paling bungsu. Luna dengan nama sebenarnya Luna Zaryaa, abang sulung Luna ialah Brian Zack dan abang keduanya Ryano Zirk. Brian dan Yano merupakan bekas pelajar di kolej yang adik bungsu mereka belajar sekarang.