Kisah cinta antara dua jiwa yang berakhir dengan penuh tragedi yang hampir meragut nyawa seseorang insan tidak berdosa. Jika dilihat daripada mana-mana sudut sekalipun, tiada salahnya dia wujud di dunia ini. Selayak fitrahnya sebagai penyeri rumahtangga. Insan kecil itu hadirnya tak dipinta malah minta diselisihkan oleh Fazhan, bercanggah pula impiannya dengan Liyanina. Rumahtangga yang dibina semenjak 2 tahun lalu mula bergolak hanya kerana hadirnya 'dia'. Dia, A.M!