Aku bukan perempuan baik. Aku minum arak, aku pergi club, aku bersentuhan dengan lelaki bukan mahram sesuka hati aku, pergaulan aku dengan lelaki bebas. Yang penting aku memang bukan perempuan baik, aku jahat. Aku ulang sekali lagi, aku perempuan jahat! Dan itulah aku, Marissa Humaira.
Tapi macam mana kalau perempuan jahat seperti aku dilamar oleh lelaki hebat seperti dia untuk dijadikan sebagai isteri? Lawak kan? Aku tahu.
Dia, Aiden Mikhail. Lelaki hebat. Lelaki terkenal. Lelaki mempunyai hampir 10 buah syarikat ternama di Malaysia, hampir semua orang mengenalinya. Pertemuan pertama kali kami di Heli Lounge Bar tidaklah seindah mana, memandangkan aku sudah menampar wajahnya pada malam itu kerana tuduhan kesatnya.
"Aku lamar kau ni bukan sebab aku teringin sangat nak perempuan macam kau cuma aku ada sebab aku minta kau kahwin dengan aku."
"Hello! You fikir I teringin sangat ke nak kahwin dengan you? You pun bukan hensem mana nak dibandingkan dengan bekas-bekas kekasih I."
"Aku tahu aku hensem, perempuan macam engkau ni je yang acah tak nak mengaku. Apa-apa pun, aku tak terima kata tolak dari kau. Esok aku nak dengar jawapan kau, dan jawapan dia mesti yes."
"What? Eh I tak cakap pun I setuju dengan lamaran ni."
"Yes or yes only cik Marissa, I didn't accept no from you."
Perkahwinan terjalin tapi semuanya kerana satu perjanjian. Dia melamarku bukan kerana cinta tetapi kerana atas tujuannya sendiri. Aku fikirkan hidup aku akan senang selepas itu, mempunya suami jutawan tapi malangnya aku salah. Ia nya tdak semudah yang aku harapkan.