72 chapitres Terminé Sinopsis:
Ar-rayyan Reinfansyah, seorang lelaki yang berjaya dalam kerjaya namun keras dalam pendirian, dipaksa berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya, Arabella Haura. Bagi Rayyan, perkahwinan ini adalah hukuman-dia telah lama mencintai seseorang yang lain, namun keluarganya menghalang hubungan itu. Haura pula seorang wanita lembut tetapi menyimpan luka dari masa lalunya.
Pada awalnya, Rayyan melayan Haura dengan dingin dan tidak pernah memberikan hatinya. Dia menganggap perkahwinan ini satu beban. Namun, tanpa dia sedari, kehadiran Haura perlahan-lahan mengubah hidupnya. Haura tidak meminta cintanya, hanya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Kesabarannya menghadapi kebencian Rayyan membuatkan lelaki itu mula melihatnya dari sudut yang berbeza.
Namun, di saat Rayyan mula menerima Haura, muncul semula cinta lamanya, Camella Dealova, yang kini kembali dengan niat untuk menagih janji mereka yang pernah tergantung. Camella merayu agar Rayyan meninggalkan Haura dan kembali padanya. Rayyan berada dalam dilema-antara mengejar cinta lama atau menerima cinta baru yang hadir tanpa diduga.
Seiring waktu, Rayyan mula menyedari bahawa perasaan yang dia sangka kebencian terhadap Haura sebenarnya adalah ketakutan untuk menerima sesuatu yang tidak pernah dirancang. Tapi, adakah masih ada ruang untuknya menebus kesilapan, atau segalanya sudah terlambat?
---