MOHD KHAIRY THE BEGINNING OG
Slice of life | Dark Life | 18+
Khairy, seorang remaja berusia 16 tahun, hidup dalam dunia yang senyap dan terasa jauh dari orang sekeliling. Sejak kecil, dia terbiasa berdikari, bukan kerana pilihan, tetapi kerana keadaan. Keluarganya jarang menunjukkan kasih sayang secara terbuka, menjadikan Khairy seorang yang memendam rasa. Dia bukan anak yang nakal, tetapi jiwanya kosong, seperti ada bahagian dalam hidupnya yang hilang.
Dia mula berkawan dengan anak-anak muda sebaya dan setaraf dengannya. Mereka bukan penjenayah, tetapi masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza, membawa luka tersendiri.
Di situ, Khairy belajar tentang dunia luar yang lebih jujur daripada apa yang dia alami di rumah. Mereka berbual, bergelak, kadang hanya duduk diam bersama dan itu pun cukup untuk membuat Khairy rasa diterima.
Namun, setiap kali pulang ke rumah, kekosongan itu kembali. Dia hanya duduk di bilik, ditemani cahaya lampu biru yang menjadi simbol ketenangan buatnya. Dia termenung, cuba memahami dirinya sendiri. Walaupun sering dikelilingi kawan, Khairy masih merasa sunyi. Dia mula menulis, melakar bayangan perasaannya, namun persoalan tetap tinggal.
"Siapa kau?"
P/S : Sambungan cerita Dari Housmate aku Hantu. Kisah Khairy sebelum jadi adik angkat Danny. Short story je tapi, sad life. Betul-betul sad life..#nosexscene
Start: 10/5/25
End: 10/5/25
Sad Ending
© Nice cover by my bff
PERENTAS WAKTU 2
Random theme | Friendship
Kerana sumpahan masih ada, Khairy masih diganggu oleh bunyi seruling hampir setiap bulan penuh. Namun kerana itu, dia tidak pernah memberitahu kepada Danny dan yang lain. Pada akhirnya di menganggap bunyi-bunyi itu sekadar menyapanya.
Namun tidak lama kemudian, Iskandar pula tidak sedarkan diri. Hal ini membuatkan semua orang dilanda cemas.
Sekali lagi mereka dipertemukan dengan Farikh dan juga Mastika. Apa yang akan terjadi?
Perjalanan cerita dan peristiwa tersendiri menyambut mereka semua di perentas waktu seterusnya.
Start:
End: