We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
SURIHATI SIMPANAN (BAKAL TERBIT)

SURIHATI SIMPANAN (BAKAL TERBIT)

  • WpView
    Reads 327
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Nov 18, 2019
WpInfo
Fiction
Romance
Firhad Naufal. Dia kacak. Ada kerjaya. Duit berkepok-kepok. Harta berlambak. Namun hatinya kosong. Jiwanya sepi dan penuh kesedihan. Kepedihan masa silam yang dilalui dengan ayahnya sejak dia masih kecil menjadikan dia anti perempuan. Baginya, perempuan makhluk yang tak boleh dipercayai walau sebesar kuman pun. Ramai perempuan yang terpikat. Ramai yang mencuba nasib. Semuanya ditolak mentah-mentah. Staff pejabatnya semua lelaki! Dari staff bahagian pentadbiran sampailah tukang bancuh kopi dan cleaner pun, semua lelaki. Tak ada seorang pun perempuan! Itu membuatkan ada mulut-mulut longkang buat cerita kononnya dia lelaki gay. Bernafsu songsang. Tak suka perempuan tapi sukakan lelaki. Demi membuktikan kepada umum bahawa dia bukanlah seperti yang disangka, dia nekad melamar Sarra, jiran sebelah rumahnya yang suka mengusiknya. Sarra yang sememangnya telah lama menyimpan perasaan cinta terhadap Firhad Naufal menerima lamaran itu tanpa fikir panjang. Hatinya melonjak riang bila sang jejaka idaman hati yang sekian lama dia suka itu bakal bergelar suaminya. Namun bahagia yang diharap Sarra tak mudah untuk digapai. Hanya setahun sahaja Sarra sempat menikmati saat indah dilayani Firhad Naufal bak permaisuri, selepas kelahiran Qaim Iskandar, Firhad berubah tingkah. Firhad Naufal yang sememangnya anti perempuan melayan Sarra bak musuh. Sarra tidak diizinkan tidur sebilik dengannya. Hanya Qaim Iskandar yang diizinkan tidur dengannya. Sarra disuruh tidur dibilik tetamu. Demi Qaim Iskandar, demi Firhad Naufal yang dicintai sepenuh hati, demi rumahtangga yang terbina, Sarra cuba tahan perasaan. "Ku kirim rindu pada langit yang kau tatap. Kerana aku mencintaimu tanpa kerana." - Sarra
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SUAMIKU JIRAN SEBELAH
  • Ada Cinta Untukku
  • Ustaz Aku Bad Boy ©
  • Takdir Yang Istimewa
  • Berikan Aku Peluang Kedua Sayang...
  • KERANA BUKAN AKU (BACAAN PERCUMA)
  • JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]
  • AKU MEMILIH DIA (C)
  • Unexpected Love [°Complete✔°]
  • TAKDIR | NOVEL [C]

AKU SEORANG DOKTOR DAN DIA SEORANG TENTERA. Isara Nabila, seorang pakar bedah jantung yang sentiasa sibuk menyelamatkan nyawa, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perkahwinan yang diatur keluarga. Suaminya? Raheel Fikri,jiran sebelah yang hampir setiap hari mahu berbual dengannya, seorang tentera muda yang tegas dan dingin. Namun, dengannya seperti kucing. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi memenuhi harapan keluarga. Tetapi, ada satu yang membuatkan Isara tidak pernah menyukai lelaki itu, dan Raheel yang berusaha menambat hati gadis kecilnya itu. Namun, di sebalik pertelingkahan kecil dan detik-detik dingin, perlahan-lahan mereka mula melihat sisi lain antara satu sama lain. Tanpa mereka sedari, masa lalu yang telah lama terkubur mula menggugat hubungan mereka. Raheel kehilangan sebahagian memorinya akibat kejadian tragis di medan perang, sementara Isara menyimpan rahsia yang tidak pernah dikongsikan kepada sesiapa. Lebih mengejutkan, seseorang yang selama ini dipercayai telah mati sebenarnya masih hidup-dan dia tahu segala-galanya tentang mereka. Dalam dunia yang penuh rahsia dan kejutan, mampukah Isara dan Raheel menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya saling mengenali sejak kecil? Dan apabila kebenaran terbongkar, adakah perkahwinan mereka masih mampu bertahan?

More details
WpActionLinkContent Guidelines