Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggungku, tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang. Dia! Semua mata memandang ke arah aku. Aku jadi tidak keruan apabila diperhatikan begitu oleh mereka semua. Seperti aku telah melakukan satu kesalahan yang cukup besar! Dia menarik aku keluar daripada kelas. Aku hanya mengikut setiap langkahnya. Dia membawa aku ke pondok berdekatan. Dia melabuhkan punggungnya. Begitu juga aku. Kami hanya berdiam diri. Aku memandang ke arah kasutku untuk menutup perasaan malu aku. Namun, mataku tetap berdegil untuk melihat wajahnya. Lihat curi-curi sudah! Hehehe. "Pandang apa?" Katanya. Dia merenung tepat ke arah anak mataku. - "Afif tengah tidur ke papa? Kenapa ada banyak wayar kat dia? Eii kesiannya. Cabutlah wayar tu. Kesian Afif, mesti dia sakit. Biar Myra cabutkan wayar tu nanti mesti Afif tak sakit kan? Kan papa kan?" -