[ S H O R T S T O R Y ] - 1st
| ROMANCE SERIES |
[ Sejauh manapun kau berlari , kau akan tetapku kejar . ]
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Orked Diana yang ingin menjayakan misi dia dalam memikat hati seorang lelaki . Pelbagai cara , pelbagai rencah dia guna untuk menjinakkan si lelaki itu . Yang dia tahu , lelaki itu harus pandang dia seorang saja ! Tak boleh pandang perempuan lain ! Orked Diana tidak kisah , apapun tanggapan orang terhadap dirinya , yang penting misi dia berjaya !
" Cara pertama tak jalan , kita guna cara yang kedua . Kalau kau tak jinak juga , aku akan guna cara halus untuk dapatkan kau wahai encik jodoh " - Orked Diana .
Dia Megat Faez Shah . Seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang menjadi idaman setiap gadis . Ditambah kerjaya sebagai seorang doktor pakar , membuatkan ramai hati tertawan . Tetapi sayang , dia sudah menjadi tunangan orang . Mematahkan beribu hati diluar sana .
" Awak ni bodoh ke apa ? Saya tak sukakan awak , that's mean memang saya tak suka ! Jauh sekali saya nak jatuh cinta pada awak ! Mark my words , idiot ! " - Megat Faez Shah .
Kalau dah namanya Orked Diana , dia memang tak tahu malu . Sanggup memalukan nama baik keluarga dia demi untuk mencapai misi dia yang satu itu !
" Ya , saya memang bodoh sebab cintakan awak . Mungkin kebodohan saya ni saja awak nampak , awak tak pernah nak balas cinta saya . Saya faham , selama ni saya hanya bertepuk sebelah tangan " - Orked Diana .
" Maafkan abang sayang , abang salah . Abang telah lukakan hati sayang . Kali ini tolong ... tolong berikan peluang untuk abang tebus kesalahan abang pada sayang " - Megat Faez Shah .
Adakah sudah terlambat untuk Megat Faez Shah meminta peluang ? Pemergian Orked Diana telah membuka mata dia , bahkan hati dia . Satu persatu rahsia terungkap , yang membuatkan dia semakin rasa bersalah dan kesal . Kerana telah mensia-siakan cinta seorang wanita yang tulus mencintainya .