Tak pernah terbayang dalam hidupnya, dia akan berkahwin dengan lelaki yang telah lama menaruh harapan terhadapnya. Paling terkejut, ketika umur masih mentah lagi lelaki itu atau lebih baik digelar suami telah berjumpa dengan Ibu Abah tentang hasrat hatinya untuk menjadikan dia sebagai suri hati. "Makcik Pakcik, simpankan dia untuk saya ya?" Suara garau milik Luqman Lim menunjukkan dia lebih matang daripada usia. Kalau orang tua dengar, mesti mereka akan berkenan sebab suaranya penuh dengan lemah lembut. Disebabkan berlaku kejadian yang tak diingini-- Luqman Lim hilang arah sehingga dia telah lupa siapa Tuhan yang selama ini dia cari. "Saya tak sangka awak boleh jadi sekejam ini. Mana pergi iman dan akidah awak?" Seiring dengan air mata yang mengalir, Nawwarah terduduk lemah. Tiada daya untuk teguh berdiri. Hatinya ditusuk dalam. Kata orang, tidak ada rumah tangga yang bahagia sentiasa. Kadang kala, pergaduhan dalam rumah tangga boleh jadi salah satu cara untuk melakar bahagia hingga akhir usia. Hidup ini penuh dengan sebuah janji. Namun, manusia mudah memungkirinya dengan pelbagai alasan. Pelbagai cara untuk menabur janji, seperti menanam tebu di tepi bibir sahaja orang mudah terjerat. Tidak sangka Nawwarah terjerat dalam perjanjian antara Luqman Lim dan ibu abahnya. Salah satu janji yang tak mungkin dapat ditarik semula. Lama menanti masa, namun ia hanya sia-sia. Tak jemu dia berdoa, semoga suaminya kembali pada yang Esa. Bagaimana Nawwarah hadapi masalah rumah tangga yang tiada tanda untuk pulih? Dan... Bagaimana pula hati yang telah rapuh dan hilang kepercayaan Tuhan boleh kembali pada Tuhan?All Rights Reserved
1 part