Jangan Berhenti Bercinta (Completed)
"Bila nak kahwin?"
Itulah soalan yang selalu Rita Atasha dapat setiap kali dia pergi ke mana-mana majlis keramaian, berjumpa dengan yang mengenali dirinya dan daripada Tok Ayahnya sendiri oleh kerana tahun ini dia sudah berumur 30 tahun tapi bebayang calon suami pun tak nampak lagi!
"Kenapa Rita mesti kahwin? Hidup single tapi cantik dan kaya are thousand times better than be married." - RITA ATASHA
Dia boleh hidup tanpa lelaki tapi dia tak boleh hidup tanpa duit. Lebih-lebih lagi duit dari Tok Ayah.
"Kalau Rita nak nama Rita ada dalam wasiat harta Tok Ayah, Rita kena kahwin dalam masa satu bulan dari sekarang. Kalau tak, bahagian Rita akan diserahkan kepada Hilman." - TUN ILYAS
Maka, inilah bermulanya rancangan gila si perempuan high maintenance. Rita mula mencari semula lelaki yang mengejarnya. Namun tiada satu pun yang memenuhi ciri-ciri bakal cucu menantu Tok Ayah. Sehinggalah dia bertemu dengan lelaki bernama Rian Hadri yang menjadi punca dia mandi kopi flat white.
Rian Hadri. Orangnya sekacak nama namun dia ini sedikit nerd, selenga dan banyak cakap! Rian sudah suka pada Rita sejak zaman universiti tapi Rita rak pernah sedar kewujudan dia sebab dia muda 4 tahun daripadanya.
"Biar saya ajelah yang jadi suami awak. Saya pun comel dan bila kita dah ada anak nanti, anak kita akan ikut kecantikan awak dan kecomelan saya." - RIAN HADRI
"Umur berapa tadi? 26 tahun? Ya Allah, Gen-Z! Rasa macam tengah child-grooming pulak!" - RITA ATASHA
Sikap mereka berdua amat kontra akan tetapi mereka berkahwin juga akhirnya. Perkahwinan yang penuh pergaduhan manja itu mula berubah saat Rita bertemu dengan Yasmin, si bekas kekasih Rian.
"Awak tinggalkan saya untuk perempuan tua ni? Seriously, Rian? Si tua ni taste awak?" - YASMIN
JANGAN BERHENTI BERCINTA