30 capítulos Concluído Andai sahaja masa boleh diputar semula. Aileen mahu menyelamatkan insan yang paling dia sayangi. Namun, takdir tidak pernah memberi peluang kedua.
Dia kehilangan ibunya, Puan Irma, pada usia yang masih terlalu muda. Pemergian itu meragut bukan hanya kasih sayang seorang ibu, tetapi juga cahaya dalam hidupnya. Sejak tragedi itu, kehidupannya berubah. Bayangan kesedihan sentiasa menghantuinya, memaksa dia meninggalkan kehidupan di bandar untuk tinggal bersama neneknya di kampung. Di sanalah dia cuba mencari ketenangan, jauh dari kenangan yang menyakitkan.
Namun, seiring waktu berlalu, Aileen sedar dia tidak boleh terus bersembunyi dalam masa lalu. Pada usia 17 tahun, dia membuat keputusan yang besar untuk kembali ke bandar dan tinggal bersama ayahnya.
Meskipun bertahun-tahun telah berlalu, rindu terhadap ibunya tidak pernah pudar.
"Aileen rindu ibu... Kenapa ibu pergi, kakak?" suara Aileen bergetar, matanya berkaca.
Tasnim tersenyum lembut, mengusap kepala adiknya dengan penuh kasih.
"Kalau Aileen rindu, Aileen pandang langit. Ibu ada tengok Aileen dari syurga."
Aileen mendongak ke langit malam yang bertaburan bintang.
Hatinya berbisik. "Ibu, Aileen rindu."
Sedikit demi sedikit, Aileen dan keluarganya cuba mengorak langkah, meninggalkan bayang-bayang hitam yang selama ini menghantui hidup mereka. Namun, di sebalik usaha mereka untuk melupakan, kebenaran yang tersembunyi mula terungkap rahsia di sebalik kematian Puan Irma yang selama ini terpendam.
Apakah mereka bersedia untuk menerima hakikat sebenar?
Atau adakah kebenaran itu lebih menyakitkan daripada kehilangan?
Mula: 01 Februari 2025
Tamat: 24 Mac 2025
Status: Finished