Setiap manusia akan melalui kisah hidup yang berbeza. kita di berikan ujian mengikut kemampuan kita sebagai manusia. terpulang pada kita bagaimana harus kita jalani ujian itu. banyak pilihan yang di berikan dan menunggu masa untuk kita buat keputusan. Saya bersedia kongsikan salah satu lagi cerita berdasarkan kisah benar perjalanan hidup seorang wanita. perkongsian wanita ini memberikan saya kesedaran sendiri. kalaulah saya di tempat dia, mampukah saya bertahan? mungkin tidak..kerana itu saya tidak di berikan ujian yang sama tapi cukup terasa di hati saya.