Story cover for HARI KITA BERTEMU by t1912j
HARI KITA BERTEMU
  • WpView
    Reads 268
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 3
  • WpView
    Reads 268
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 3
Ongoing, First published Dec 14, 2019
Mature
"Saya mengandungkan anak dia."
Pengakuan dari seorang gadis yang tidak dikenali telah merubah kehidupan Rio Rangga. Hidupnya yang liar, dikelilingi ramai perempuan, membuatkan bonda dan ayahnya tidak menafikan dakwaan itu. Tanpa kerelaan, dia dipaksa bertanggungjawab. Akibatnya, Rio kehilangan kepercayaan dari wanita yang dicintainya.

Beban hidupnya bertambah apabila gadis itu meninggal dunia saat melahirkan anak mereka, Iman Lili. Rio terpaksa menjadi seorang bapa secara tiba-tiba, menerima tanggungjawab yang tidak boleh dielakkan. Walaupun hatinya berat, dia membesarkan anak kecil itu dengan kasih sayang, namun identiti sebenar Iman Lili sebagai anaknya terus dirahsiakan.

Tahun demi tahun berlalu dan saat dia bertemu kembali dengan cinta lamanya, hati Rio kembali berbunga. Tetapi hubungan mereka dulu hancur bukan kerana kemahuannya, melainkan kerana orang ketiga.

"Apa masalah kau? Setiap kali aku bercinta, mesti kau musnahkan hubungan aku! Memang kau dilahirkan untuk merosakkan hidup orang ke?" Leyla kini lebih terluka apabila mengetahui bahawa Rio adalah bapa kepada pelajar kegemarannya.

"Abah kata, teacher ni bakal isteri abah. Kalau macam tu, teacher dan abah kahwinlah cepat-cepat. Kesian abah," ucapan polos itu membuatkan jantung Leyla hampir berhenti.

Rio memang licik. Dia menggunakan anak kecil untuk memerangkap Leyla kembali ke dalam dunianya. Kini, Leyla berada dalam dilema. Mampukah dia memenuhi permintaan anak kecil itu demi menjaga hati, dan bagaimana caranya untuk berdepan dengan kasanova kota yang satu ini?
All Rights Reserved
Sign up to add HARI KITA BERTEMU to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
7. Forever I'm For Yours by TintaHitamTanpaArah
56 parts Complete
Apa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna. "Awak tanya kenapa dengan saya?"soal Yuan dengan berang. Reyna hanya berdiri di situ memerhati wajah Yuan. Tak kira la waktu marah waktu senang Yuan tak pernah tak buat Reyna terkesan dengan rupa yang dimiliki oleh lelaki itu. "Ya...saya ada buat salah apa-apa ke?"balas Reyna. "Saya ingatkan saya dah beritahu Killian supaya jauhkan diri dari awak?Still saya dapat tahu awak keluar dengan dia?Tak cukup dengan tu..awak keluar dengan mereka berempat?"soal Yuan sambil tunjukkan tangan ke arah pintu kaca di belakang Reyna. Reyna mengedipkan mata dua kali sebaik mendengar kata-kata itu. "Awak luangkan masa dengan mereka sampai lupa tugas awak dekat sini...di sisi saya..untuk syarikat ni..awak ingat saya tak tahu ke yang awak luangkan masa di luar dengan setiap seorang dari mereka..."marah Yuan lagi. Reyna tenung wajah berang Yuan sebelum selak anak rambutnya ke belakang telinga lantas berkata. Kenapa pulak Yuan ni? "Bukan ke awak yang bersungguh nak saya lakukan semua ni?Dan sekarang awak salahkan saya?"tanya Reyna dengan perlahan. Tangan Yuan jatuh ke sisi. Dia pandang Reyna dengan kening mencerlung. "Iya...tapi bukan macam ni...awak sibuk sampai call dan mesej saya awak susah nak balas..!" luah Yuan lagi. Dah memang betul pun. Sejak dua menjak ni dia perhati Reyna selalu keluar pejabat dan luangkan masa dengan Killian tak seperti Reyna lakukan. Hal tu buatkan dia jengkel. Rasa macam dipulaukan pun ada. "Awak dah berkahwin Yuan...dah ada isteri. Dan akan mempunyai anak tak lama lagi... Kenapa awak peduli akan urusan saya?"balas Reyna dengan kening berkerut tak faham. "Sebab siapa saya dalam situasi ni sekarang?"Yuan tunjuk dada dia dengan bengang. "Beritahu saya sebab siapa?"mata lelaki itu kemerahan. Mac 2020
RASMI MILIKKU by LaylaInhara
21 parts Complete
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap helaian diari. Baginya, selagi dia tak mengganggu sesiapa, rasa yang wujud itu tidak salah. Dia tak bercadang untuk mendedahkan pada sesiapa pun. Dia hanya meminati jejaka itu secara diam. Atau nama lain, crush. Siapa jejaka itu? Raez Rafael. Mamanya dan ibu Nadhira adalah sepupu. Mereka rapat, tapi anak-anak kurang rapat. Raez tidak begitu mengenali Nadhira kerana dia dan Nadhira jenis orang yang introvet. Dalam erti kata lain, mereka sama-sama seorang yang pendiam. Tetapi, siapa sangka... Satu peluang telah merubahkan segalanya. Menyatukan dan disatukan. Dua perkara berbeza. Raez yang egois. Raez yang sombong. Mampukah Nadhira menghadirkan rasa cinta di antara mereka sedang dia tahu di hati Raez sudah ada wanita teristimewa. "Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." - Raez 'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?' - Luah dira dalam hati. "Mama nak Raf sentuh dia macam mana? Dia budak lagi, Ma. Masih mentah." 'Seriously abang? Is that the way how you're viewing me?' - Luah Dira masih dalam hati. Hati pun berkecai. Bukan mudah untuk memaksa orang menerima cinta kita. Lantas kenapa ikatan perkahwinan harus dipermainkan? Dira pergi untuk membersihkan hati Dira yang telah penuh dengan nama abang. After all this time, today is my wake up call. Untuk tidak lagi mempersiakan hati sendiri. I'm not what you want. I'm the wrong person in the first place. Dira akan pulang membawa Nadhira Sofea yang baru. Yang hatinya telah bersih dan kosong. Dan ketika itu, kita sudah tiada kena mengena lagi. "Bagi balik diari Dira!" "Siapa kata ni diari Dira? Dalam diari ni semua nama abang..."
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
55 parts Complete
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
Derita Cinta (COMPLETED) by WiyahHana
55 parts Complete
Kerana fitnah, hubungan berakhir. Kerana janji, hubungan tercipta. Jika yang namanya cinta sudah pasti hanya orang 'buta' sahaja yang mengenalinya. ~perginya DERITA membawa CINTA~ Selama tujuh tahun Raykarl Ridzuan dan Iffa Irdina mencintai orang yang salah. Raykarl terlanjur bercinta dengan tunang orang manakala, Iffa terlanjur bercinta dengan suami orang. Kedua-duanya tidak tahu bahawa mereka telah ditipu dan dikhianati. Saat rahsia telah terbongkar kedua-duanya patah hati dan jiwa merana. Namun, takdir mempertemukan mereka berdua dengan jalan perkahwinan. Raykarl menerima Iffa seadanya sebagai isterinya tapi tidak bagi Iffa. Iffa telah patah hati pada manusia yang bernama 'lelaki'. Adakah Raykarl mampu mengubat luka di hati Iffa sekaligus memiliki hati Iffa? Di saat, Raykarl dan Iffa disulam cinta, derita datang membawa ribut secara tiba-tiba sekaligus menghancurkan kebahagiaan Raykarl dan Iffa sehinggakan Iffa kehilangan dua nyawa dalam satu masa. Adakah selepas ini Iffa akan menemui cinta setelah derita membawa luka dan lara dalam hidupnya? "Keikhlasan seorang lelaki mencintai seorang perempuan apabila dia ingin menghalalkan perempuan yang dia cintai itu."- Raykarl Ridzuan. "Mengapa derita hadir di saat aku mula mengenali cinta dan mula merasa bahagia yang sebenar-benarnya?"- Iffa Irdina. "Jika aku luahkan cinta dan sayang padamu, percayalah cinta dan sayang itu hanya untukmu dan hingga ke akhir nafas ku."- Rayyan Ridzuan. Dan Rayyan pula bagaimana dia boleh muncul dalam hidup Iffa? ~DERITA di awalnya dan CINTA di akhirnya~
You may also like
Slide 1 of 8
HER LOVE LETTER [C] cover
7. Forever I'm For Yours cover
Flower Path (TERBIT) cover
Akan ku pujuk hatimu cover
BUNGA UNTUK KU AIDAN  cover
RASMI MILIKKU cover
BIARKAN HATI MENCINTAI cover
Derita Cinta (COMPLETED) cover

HER LOVE LETTER [C]

43 parts Complete Mature

𝑹𝒐𝒎𝒂𝒏𝒄𝒆 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒃𝒚 𝑺𝒚𝒂𝒉𝒛𝒓𝒂𝒓𝒂 Cinta? Dendam? "Kehilangan mampu berubah orang" Itulah kata yang diucapkan oleh Darwish Danish apabila kehilangan ibubapanya. Kehilangan insan tersayang membuatkannya takut untuk menerima orang baru "Maafkan semua orang berikan kita ketenangan" Bagi Elnaura Zeanissa hidupnya terlalu berharga untuk disiakan walaupun dia tersiksa dalam diam. Pertemuan yang disengajakan berbekas dalam hati Darwish Danish. Dalam diam dia menitipkan nama Elnaura Zeanissa dalam doanya Doanya dimakbulkan! Namun kali ini muncul dengan dendam. Akibat Luka yang pendam menyebabkan rumah tangga mereka menjadi pertaruhannya! "You deserve someone better" -Elnaura Zeanissa Kewujudan The Sky dalam hidup mereka pula membongkar seribu satu rahsia yang dilipat kemas "I'm her Guardian Angel" -The Sky Dendam? Atau cinta? Mana satu? Mampukah cinta mengatasi dendam? Atau berakhir mereka ditengah simpang? Saat nyawa menjadi taruhannya akan ada kah pengorbanan yang akan dilakukan? Bila sudah kehilangan barulah kita sedar betapa pentingnya menghargai. Playlist 🌟 -Arjuna Beta -Surat cinta untuk Starla -Selamanya -Bukan Cinta -Syarat bahagia