"Cinta si Pelayan Seafood Restaurant"
11 chapitres Terminé Biel, seorang pelajar diploma yang baru sahaja menghabiskan practical di Pulau Penang, kini tiba masanya untuk balik ke negeri tercinta dia iaitu, Penampang, Sabah. Dengan kegembiraan yang tidak terhingga sebab baru habis practical, dia berharap betul dapat la rehat sekejap sementara tunggu keputusan sambung belajar ijazah. Malangnya, bapa Biel sudah ada planning awal lagi untuk Biel selepas dia balik dari Penang.. iaitu kerja di Seafood Restaurant business partner bapa dia. Biel menolak tapi apakan daya, demi menjaga nama bapa dia, dia ikut saja kehendak bapa dia. Padahal baru sampai kelmarin dari Penang. Tough Life.
Kuyung pula baru sahaja menghabiskan STPM dia. Asal Ranau, salah satu pelajar yang berdisiplin dan pandai. Seorang yang rajin, bekerja demi keluarga sejak kecil lagi demi mencari duit untuk menampung keluarga dia. Pemilih dan dikatakan sangat susah untuk didampingi. Kuyung dan rakan nya, si Yod juga sama sekolah dengannya, sedang mencari kerja di KK. Sementara tunggu permohonan UPU dibuka, baik cari duit dulu. Akhirnya mereka dapat juga sampai di satu seafood restaurant, dimana ada iklan jawatan kosong.
Dan disnilah bermulanya cerita si Biel dan si Kuyung. mau tau cerita dia apa? bah.. apa lagi... mari lah mari kita start! 💓