Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]
  • LECTURAS 139,616
  • Votos 4,471
  • Partes 30
  • LECTURAS 139,616
  • Votos 4,471
  • Partes 30
Concluida, Has publicado dic 25, 2019
Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang tertakluk di hati, perpisahan menjadi jalan pilihannya. Hanya kerana satu perkhabaran yang meragut kebahagiaan sekaligus membuatkan dia tekad. Tekad untuk mengundurkan diri sehinggakan...

"Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu."
_RAYYAN HARITH_

Setelah tiga tahun berlalu, dia kembali semula. Kembali dengan keadaan diri yang sudah pulih. Kembali dengan tujuan untuk menuntut apa yang pernah dimilikinya. Walhal diri sangat menyedari bahawa dua insan kesayangan itu sudah menjadi hak mutlak lelaki lain.

"Saya nak awak, Aira... Saya cuma nakkan awak kembali dalam hidup saya."
_RAYYAN HARITH_

"Kemaafan yang awak pinta takkan mampu ubah apa-apa, Rayyan." 
_AISYAH HUMAIRA_

Sangkanya jalan takdir mereka tidak akan menyatu. Namun, apabila dia sedang belajar untuk redha dengan liku suratan hidup, satu berita sekali lagi hadir dan membuatkan dia hilang arah. Jiwa terasa kembali parah. Sungguh, bukan ini pintanya walaupun dia tahu hanya ini satu-satunya jalan yang dia punya untuk memiliki kembali kebahagiannya dahulu.

"Demi Allah, hati saya masih sama. Perasaan ini masih utuh dan takkan pernah berganti. Awak, ibu kepada anak-anak saya... dan saya masih berharap awak menjadi isteri dunia akhirat saya." 
_RAYYAN HARITH_

"Cinta saya dah berkubur dengan segala kenangan di antara saya dan arwah suami saya. Awak mungkin bapa kepada anak saya, tetapi awak takkan mampu kembali menjadi pendamping hidup saya."
_AISYAH HUMAIRA_

Dia pergi, bukan kerana mengalah. Namun, demi memberi ruang dan masa. Dia pergi, bukan bermakna hati sudah pudar rasa. Namun, demi memberi peluang wanita itu menenangkan jiwa. Biar waktu terus berputar. Biar masa berlalu pantas. Biar kenangan berganjak pergi. Andai jodoh sudah tertulis di luh mahfuz, kau dan aku, pasti dipertemukan kembali.
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT] a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
#143kasih
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
Perfect Sky de saraimani99
50 Partes Concluida
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL de Yasmyns_Dahlia
58 Partes Continúa
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End :
[B2]Mrs Ali de NurulHuda015
39 Partes Concluida
Sequel dari AisyaYasmina Ali telah kehilangan segala-galanya sejak kecil. Kehilangan orang tuanya meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh. Namun, takdir membawa cahaya baru dalam hidupnya apabila dia diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri yang penuh kasih sayang, yang sentiasa memberi perhatian dan perlindungan. Diberi kasih sayang yang melimpah ruah, Ali menikmati kehidupan yang lebih selesa dan mewah berbanding zaman kanak-kanaknya di kampung. Hidupnya berubah, dan dia merasa seolah-olah dunia ini penuh dengan peluang yang belum diteroka. Namun, ada sesuatu yang mengganggu hati dan perasaannya. Dia, lelaki bermata biru, yang selalu menyembunyikan perasaan dalam diri. Dia begitu rapat dengan adik kembarnya, Ainur Humaira. Mereka berdua bagaikan sepasang jiwa yang tak terpisahkan. Tapi, suatu hari, sebuah kenyataan yang tak pernah terbayang sebelumnya hadir di hadapannya. "Maira cintakan abang..." kata Ainur, suaranya penuh dengan getaran. "No! Ainur Humaira! You are my sister!" Ali hampir tidak percaya dengan kata-kata itu. Apakah Ali mampu terus tinggal dalam keluarga yang telah membesarkannya, yang telah memberinya segala kasih sayang tanpa syarat? Sanggupkah dia berhadapan dengan Maira yang telah mengungkapkan perasaan itu, walaupun ia begitu berbeza daripada segala yang pernah difikirkan sebelum ini? Dan yang paling penting, mampukah Ali membuka hatinya dan memberi peluang kepada cinta yang tidak pernah terfikirkan, walaupun dengan gadis yang telah dianggap sebagai adik sejati? Beatiful Cover from @Aizack_Mesle Start:24/4/2020 ••• End: 8/5/2020 #1 -Cinta (24/5/2020) Pemenang pertama🥇The Star Creative Anugerah Bintang Buku Terbaik (ABBT) 2020/2021
Mrs Monseiur Revamp de thekeena
16 Partes Continúa
Kisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan dengan awak. Mana tau kita berjodoh?" - Syed Faiq Kemunculan lelaki ini semakin mengeruhkan keadaan. Alliya kenal lelaki itu, cuma dia tidak tahu siapa lelaki itu yang sebenar. Setiap kali Alliya cuma mengingatkan kembali siapa lelaki itu, bayangan hitamnya akan muncul. Seolah-olah lelaki itu ada kaitaan dengan kejadian gelap itu. Satu peristiwa menjadikan Alliya hanya sebatang kara. Dia sudah tiada sesiapa, yang tinggal hanya lelaki itu. Syed Faiq. Lelaki yang pernah dia tolak telah menjadi penemannya sekarang. Walaupun susah untuk menerima kehadiran Syed Faiq dalam hidupnya, ketelusan dan layanan Syed Faiq terhadapnya memutik rasa kasih dalam diri Alliya. Lama-kelamaan bayangan gelap yang menghantuinya sebelum ini seolah-olah hilang. Dia sudah hampir pulih. Tidak mungkin perkahiwinan tidak diuji. Apabila mereka berdua bahagia dengan rasa cinta, kebenaran mula terbongkar satu-persatu. Menjadikan Alliya semakin gila dan tidak mempercayainya suaminya sendiri. "Awak tikam belakang saya. Awak sama dengan dia."-Alliya Sofia "Jangan samakan abang dengan dia, Alliya. Kami takkan sama." -Syed Faiq Kebenaran kian diketahui. Ujian demi ujian mula membadai rumah tangga mereka. Dikala kepercayaan adalah kunci utama, ia menjadi beban buat Alliya. Dia sudah tidak mempercayai suaminya. Akan tetapi, dengan siapa lagi dia perlu percaya? He's the hero, but maybe a villain. Siapa Syed Faiq sebenarnya?
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication] de MissTaeyeon
15 Partes Concluida
[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang dari kampung, kejayaannya sebagai seorang pemegang ijazah di negara asing telah berjaya membuka mata masyarakat. Khaira Elisya. Seorang gadis bandar yang sosial dan santai habis! Kuat memberontak, mengada, semuanya termasuk dalam pakej. Namun, kehadiran Emir di dalam hidupnya sebagai seorang 'ustaz' merangkap sepupunya telah berjaya menggugat hati dan perasaannya. Dasar ustaz kampung yang suka menyibuk! "Khaira tak pi solat sekali ka?" -Khairul Emir- "Ish, kau ni... Aku tengah bendera Jepun lah!" -Khaira Elisya- Setiap hari akan ada saja pertelingkahan yang berlaku. Tanpa disedari semua itu lah yang menguatkan lagi perasaan Emir terhadap Khaira meskipun tidak berbalas. Dan pada satu malam, satu luahan perasaan telah berjaya mengusik hati kecil Khaira. "Aku cintakan hang!" -Khairul Emir- Ternyata kehadiran Emir ke rumah keluarga Khaira memang telah dirancang supaya mudah untuk mereka disatukan oleh Dato' Khalid dan juga Datin Khalisya. "So, kau rasa plan ni akan menjadi ke?" -Rania Syafieka- Jelas untuk meraih sebuah kebahagiaan bukan mudah. Sebelum lafaz akad berlaku, sudah ada tragedi tak diingini yang menghalang mereka. "Asal kau bela sangat perempuan ni?! Kalau kau nak sangat ambillah! Dia dah jadi bekas aku dah pun! Enjoy lah puas-puas dengan bekas aku tu!" -Rayyan Adam- Percayakah Emir dengan kata-kata nista itu? Akan pudarkah perasaannya yang selama ini memekar buat Khaira? Atau... perkahwinan dengan Khaira masih lagi menjadi pilihan utamanya? Sorry kalau ada typo atau sebarang kesilapan :) Ceedit the beautiful cover to @HinyDyaa Best achievment: #9 Romance #5 Malaynovel
Quizás también te guste
Slide 1 of 20
Isteri Halal Sementara  cover
HAYKAEL : HER CROWN cover
The Troublemaker ✔[Editing in Process] cover
CRUEL DESTINY | OG cover
Takkan Ku Lepaskan Dia cover
𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C] cover
Perfect Sky cover
Ghost Love Story ✔︎  cover
[C] Cinta Kiriman Tuhan  cover
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL cover
Khilaf Semalam cover
[B2]Mrs Ali cover
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) cover
I Like Him 😻 cover
Bukan Aku Tak Cinta cover
[C] Bukan Bidadari Nufail cover
Mrs Monseiur Revamp cover
Unrequited Love✓ cover
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication] cover
April Love✅ cover

Isteri Halal Sementara

45 Partes Continúa

Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ AKAN DIUPDATE SETIAP HARI ] ✓ [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ] ✓ [ TAMAT DI WATTPAD ] ✓ [ MISALKAN TAK DAPAT UPDATE SEPERTI YANG DIJANJIKAN, MUNGKIN SAYA LUPA 🙏 ] ✓ [ TYPO BERSEPAH! TATABAHASA KE LAUT! ] ✓ [ TOLONG VOTE 🌟 DAN KOMEN KALAU TAK KEBERATAN 😁🫶] ✓