𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲
IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yang tidak terluka andai orang yang kita cinta rupa-rupanya menyimpan benci yang tidak terkata.
"Aku tahu niat kau. Tapi, maaf. Aku langsung tak berminat dengan perempuan yang macam kau ni. Gaya macam tak ada maruah pun ada." - Danial Faiz
Seteruk manapun saya ni, awak tak layak nak pijak-pijak maruah saya! Tahniah, Danial. Sekarang, saya memang bencikan awak! Forever!" - Ivy Azrin
Setelah peristiwa itu berlalu, kehidupan Ivy sebagai seorang pelajar di Paris juga tidak seindah yang disangka. Tanpa dia sedari, bayangan hitam misteri itu sentiasa mengekorinya dimana pun dia berada, mencari peluang dan kesempatan pada saat yang tepat!
"Awak, please! Tolong saya! Saya merayu, bawa saya pergi dari sini!" - Andrea
"Maaf? Tapi, saya tak kenal awak." - Ivy Azrin
"Hey, girl. You make my heart smile. - Amirul
"I tak nak ada musuh. But nampaknya kehadiran you di sini bakal mencetuskan perang yang besar ya." - Cassandra
"Walaupun kau dipaksa, diugut, diseksa dan dimaki, kau akan tetap pertahankan aurat kau?" - Zahra
Dia keseorangan. Namun, kemunculan Danial Faiz secara tiba-tiba telahpun berjaya menyelamatkannya daripada setiap detik kisah hitam yang terlakar. Akhirnya, satu persatu misteri yang menjadi persoalan berjaya dirungkaikan. Dan pada saat itu, terbongkarlah rahsia yang terkandung dalam sebuah hati yang sunyi lagi sepi.
"Kisah yang Allah ukir, lebih baik daripada apa yang kita fikir."
#1 Islamic #1 tarbiah
⚠️ AMARAN KERAS bgi sesiapa yg meniru, plagiat dan copy idea dan hasil kerja org lain. Haram! Jawablah di padang mahsyar kelak.
[COMPLETED] (in editing)
Start : 10 Januari 2025
End : 28 Mac 2025
Ersana Yildiz - Darah yang mengalir dalam tubuhnya bukanlah darah diraja. Tetapi darah seorang ketua nakhoda kapal dan ejen terkemuka. Dibesarkan dengan kekerasan menjadikan dia seseorang yang tak dapat didekati ketika dia dewasa.
"Penipu sentiasa ada. Yang membezakannya, siapa dia dalam hidup kau." - Sarah
Sebuah insiden mendedahkannya kepada dunia. Namun perkara yang disangka berlaku tidak langsung terjadi. Dia mendapat penghargaan dan terkenal secara tiba-tiba. Tapi tatkala peperangan berlaku, adakah penghargaan dan terkenal itu membawa maksud apa-apa?
"Mereka sahkan tentera kita sudah meninggal dunia kecuali Ersana. Jejak dia tak dapat dikesan." - Shah Arfan
"She must be dead by now." - Ibrahim
Dirinya keseorangan dalam kawasan peperangan. Tubuh yang susut membawa senjata yang berat. Selepas 3 tahun, dia pulang ke tanah air. Namun segalanya telah berubah.