Setelah pertunangan Nur Ara dan Mikael Arwish terputus dek kerana perangai lama Mikael Arwish muncul, Nur Ara membawa diri ke Switzerland. Pertunangan yang baru usia setahun itu telah diputuskan oleh Nur Ara dalam keadaan yang sangat marah. Pada awalnya Dato'Iryan dan Datin Liyana sangat membantah dengan keputusan Nur Ara untuk sambung belajar di Switzerland, namun Puan Lisaqia kakak kepada Datin Liyana memujuk untuk membenarkan Nur Ara tinggal bersamanya di Switzerland. Nur Ara melanjutkan pelajarannya didalam course Chemistry Engineering at University of Basel. Disana, dia bertemu dengan seorang lelaki Malaysia tetapi sudah lebih kurang lima tahun menetap di bumi Zurich. Ikmal Haqiem, salah seorang ex student yang sama course dengannya tetapi student at University of Zurich. Pada awalnya perkenalan mereka dibantah keras oleh Puan Lisaqia kerana tidak mahu Nur Ara berkawan rapat dengan mana mana lelaki di Switzerland. Apabila Puan Lisaqia dapat tahu bahawa Ikmal Haqiem orang Malaysia, barulah hatinya tenang. Cinta yang baru berputik diantara Nur Ara dan Ikmal Haqiem terpaksa dilupakan kerana berlaku satu tragedis yang menyebabkan Dato' Iryan terpaksa membawa Nur Ara pulang ke Malaysia. Ketiaadaan Nur Ara di Switzerland langsung tidak dikhabarkan kepada Ikmal Haqiem. Sangkaan Ikmal Haqiem bahawa Nur Ara langsung tidak mencintainya. Apakah yang berlaku apabila Nur Ara mula menyedari apabila tersedar dari koma selama enam bulan? Siapakah pilihan Nur Ara? Mikael Arwish bekas tunangnya? Atau, Ikmal Haqiem lelaki yang dicintainya?