Hati Untuk Dia | OG

Hati Untuk Dia | OG

  • WpView
    Reads 14,326
  • WpVote
    Votes 350
  • WpPart
    Parts 10
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, May 5, 2025
Raisya Inara, seorang gadis yang lahir dari keluarga yang cukup sempurna. Dibesarkan dengan cinta, iman dan taqwa. Tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Dublin, merupakan keterujaan terbesar dalam hidupnya. Sehinggalah kasih dan kerisauan orang tuanya membuatkan jalan yang penuh warna itu menjadi jalan yang penuh liku. "Kamu kan nanti nak sambung belajar di Dublin, umi tak berani la biarkan kamu pergi sendiri. Kalau ada suami tenang sikit hati umi ni." "Umi, Rai minta maaf, Rai memang tak boleh terima semua ni," Impiannya untuk menuntut ilmu di tanah Dublin diteruskan, rancangan orang tuanya untuk menjodohkan dia dan Hud Affan juga dilanjutkan. "Raisya Inara, saya tahu awak rasa awak belum cukup matang, belum cukup persediaan. Tapi di mata saya, awak sudah lebih dari kata cukup. Awak sudah menjangkaui kata sempurna." -Hud Affan- Namun, satu peristiwa gelap telah meragut nyawa seorang insan yang sungguh Raisya kasihi dan di situlah segala harapan dan mimpinya mula pergi meninggalkan dirinya. Tidak hanya itu, keteguhan jiwanya pada Allah juga turut diuji. "Tuhan, mengapa harus sesakit ini?"
All Rights Reserved
#423
hijrah
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂
  • RABIATUL ADAWIYAH
  • MENANTI CINTA DIA
  • Lamaran Buat Jelita (Free Chapter)

"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu" Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Abangnya menjaga dan mendidiknya dengan cukup baik sehingga kisah cintanya bersama kekasihnya juga dihalang. Tapi abangnya, Haidar hanya mahu yang terbaik buatnya, bukan? Jejaka yang penuh kesempurnaan itu akhirnya jatuh cinta? Pelik! Muhammad Redza, jejaka yang dikatakan sempurna pada mata semua orang. Bukan saja tampan, sekali dengan pakej kuat agama! Jejaka yang baru menghabiskan pelajarannya itu sudah jatuh cinta dengan seorang gadis lepasan SPM a.k.a adik kawan baiknya. "Perempuan ni tunang aku tau." - Muhammad Redza "Abang Ja merepek apa?" - Khadeeja Marrysa Dia dipaksa kahwin hanya kerana dia hampir tewas pada tangan seorang lelaki yang salah. Tapi bukan pada Redza. Dia lah orang yang paling bahagia apabila dipaksa kahwin dengan Khadeeja. Tapi satu hal yang mereka lupakan adalah Haidar Marziq. Jejaka itu keseorangan selepas dia melepaskan adik perempuannya untuk pergi ke sisi suami. Dan satu hal yang paling dia benci adalah ibu kandungnya sendiri. "Kau jagalah bini kau elok-elok. Dia tak perlukan aku dah... Tugas aku dah tamat, Ja. Kau bahagiakanlah mak mentua kau." - Haidar Marziq "Abang buang Deeja?" - Khadeeja Marrysa "Kau tanya diri sendiri... Siapa buang siapa?" - Haidar Marziq Semuanya berubah lebih teruk apabila satu kejadian menimpa ibu dan adik perempuan Redza. Dia sering terikut emosi sehingga dia lupa, ini adalah ujian daripada-Nya. "Jangan hidup dalam masa lalu, Muhammad Redza." - Khadeeja Marrysa "Dorang amanah daddy pada abang, Deeja..." Muhammad Redza Semuanya kembali pulih apabila rezeki datang berlimpah-limpah pada keluarga kecil itu. Rezeki tak pernah salah alamat. Kebahagiaan kali ini tidak terbatas. Tiada lagi tangisan Redza mahupun Khadeeja. Tapi sampai bila mereka perlu hidup bahagia tanpa derita?

More details
WpActionLinkContent Guidelines