Takdir hidup merupakan sesuatu yang manusia dapat merancang tetapi bukan menetukannya. Begitu juga dengan hidup sebuah pasangan iaitu Afina dan Rizal. Mereka inginkan hidup yang bahagia namun jawapan dunia adalah sebaliknya menyebabkan mereka telah berpisah pada satu ketika dahulu. Namun Rizal takkan mengalah dengan halangan dunia kerana dia pasti takdirnya adalah bersama Afina. Dia akan berusaha untuk melindungi cintanya itu biarpun daripada dendam kesumat manusia yang bertopengkan syaitan itu. Begitu juga dengan Khalid. Batang-batang besi penjara tidak akan dapat mengunci dirinya buat selamanya. Kerna dia percaya dia akan bebas suatu hari nanti. Dan pada ketika itu dia akan keluar membawa dendam kesumatnya sekali. Dendam yang ingin dia tuntut terhadap manusia yang telah menyebabkan dia terkurung di situ. Siapa Khalid sebenarnya? Apakah dendam kesumatnya dan kenapa? Mampukan Rizal bersatu dengan Afina? Apa kaitan Afina dan Rizal dengan dendam si Khalid itu? Dan bagaimanakah takdir Afina dan Rizal di penghujungnya?