Hero aku Tomboy

Hero aku Tomboy

  • WpView
    Reads 47,660
  • WpVote
    Votes 1,554
  • WpPart
    Parts 21
WpMetadataReadComplete Mon, Feb 15, 2016
WpInfo
Fiction
Romance
Sinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa-biasa saja itu telah berubah setelah bertembung dengan Faz. Kejadian yang tidak dijangka telah membawa mereka ke alam perkahwinan tanpa rela. Faz yang terkenal dengan gangsterisme dan ego, ada rupa dan kaya memang sangat membenci statusnya yang telah berkahwin apatah lagi dengan si nerd Khairul Ezzairy. Perhubungan Khairul yang baik dengan keluarga Faz akhirnya Berjaya membuatkan Faz menerima Khairul walaupun bukan sebagai seorang suami, tetapi sebagai seorang kawan sehingga suatu insiden berlaku semasa 'bulan madu' pertama mereka. Semenjak itu, Khairul yang sudah awal-awal lagi jatuh hati dengan Faz walaupun dengan perwatakan Faz yang tomboy itu semakin menyayangi Faz. Faz pula tetap dengan pendiriannya menepis perasaan yang tidak disedari tumbuh itu kerana kebenciannya kepada lelaki 'cinta pertama'nya dahulu. Kepulangan cinta pertamanya untuk menagih kembali kasihnya membuatkan dia semakin stres dan akhirnya mengakui dalam diam yang dia mencintai Khairul tambahan pula apabila mereka hidup sebumbung. Kehadiran orang baru pula tanpa disedari membuatkan hubungan mereka semakin goyah. Ada yang sayang pada Khairul, ada yang cinta pada Faz. Hubungan mereka bertambah parah selepas perwatakan tomboy Faz yang sering dilindungi daripada keluarga Khairul terbongkar. Masalah demi masalah muncul dan adakah jodoh mereka masih panjang? Berjayakah Khairul menyelamatkan rumah tangga mereka? Ataupun memang mereka tidak ditakdirkan untuk bersama hingga ke syurga? "Apa kau pandang, kau ingat kau dah cukup comel?"
All Rights Reserved
#238
komedi
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Isteri Sementara
  • The Forbidden Love Challenge (Complete)
  • My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
  • Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta
  • BIDADARI MILIK DIA
  • Love you, Akak Pengawas! || C
  • Makmum Syurgaku (End)
  • TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔
  • MERINDU WAHYU TUHAN
  • D'ROSE (COMPLETED)

Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus dibenci oleh suaminya. Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun. "You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku Fazrul Shah. "Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" - Fazliatun. Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu bernikah dengan Nauri. Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi? Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia berkehendak, apa sahaja boleh berlaku. "Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak sanggup kehilangan dia." Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah. Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah. *first novel. Huhu. Jika ada yang tersilap, sila tegur ya. Harap korang enjoy baca cerita ni. Tq

More details
WpActionLinkContent Guidelines