Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ]
  • Reads 5,973
  • Votes 184
  • Parts 18
  • Reads 5,973
  • Votes 184
  • Parts 18
Complete, First published Jan 14, 2020
Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap.... bahagia itu ranap.

Kakak kembarnya, Alayna Naira, melarikan diri sebelum perkahwinannya bersama Azhar Iskandar. Ayah dan ibunya pula terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa. Belum sempat dia menyapu luka di hati, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan, rupa-rupanya bayi itu adalah anak
Naira.

Sejak kehadiran Hannan, putaran hidupnya berubah, semakin huru-hara. Ada yang mahu mengambil Hannan daripadanya agar kebajikan anak kecil itu lebih terjaga. Dalam keadaan terdesak, dia perlu mencari calon suami agar tiada siapa pun yang mengganggu hidupnya bersama Hannan. Masalahnya sekarang, siapa yang sudi hendak memperisterikan gadis ting tong sepertinya?

"Tolong jadi suami Qaisya! Kahwin dengan Qaisya. Tanpa syarat! Boleh?" - AIRIS QAISYA

"Ini kerja gila, Qaisya! Mana mungkin kita kahwin tanpa cinta?" - AZHAR ISKANDAR

Mustahil untuk dia menatap wajah Qaisya tanpa memikirkan bekas tunangnya. Tetapi, dia bersimpati dengan nasib Qaisya yang sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya, mereka bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membela nasib Hannan. Ingatkan Naira tidak akan muncul kembali, tetapi kepulangan kakak kembarnya
mengeruhkan lagi keadaan.

"Kakak tahu kakak dah banyak buat salah. Kakak dah banyak berdosa." -ALAYNA NAIRA

Apa yang sebenarnya terjadi pada Naira? Adakah Qaisya akan meninggalkan Azhar agar Naira dapat memperoleh peluang kedua bersama lelaki itu? 

Layakkah status ini dipertahankan bila cinta itu sudah hilang?

Seandainya masa dapat diputar kembali, aku tetap memilih kamu. Menerima kamu apa adanya. Membahagiakanmu sebagai syarat utama kerana di sebalik mata itu, wujud sebuah duka yang perlu dihapus air matanya.

Tarikh Terbit: 01.03.2021

RM26.00/RM29.00 (SM/SS)

#5 Fajar Pakeer (as at 05.10.2022)
All Rights Reserved
Sign up to add Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ] to your library and receive updates
or
#725novel
Content Guidelines
You may also like
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
73 parts Complete
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
MUHASABAH CINTA by nursyafaa_thariq
88 parts Complete
Bukan kisah cinta tapi hanya untaian madah dari qalbu buat semua sahabat yang aku sayangi Juga sebagai peringatan buat aku yang kadang tewas dengan dunia,kadang kecewa dengan harapan yang aku sendiri cipta. Berperang dengan hati dan perasaan sendiri . Berada dalam kesendirian boleh jadi lebih bahagia kerana dalam dakapan Cinta ilahi Berhenti jerumuskan diri sendiri ke lembah kehinaan! Itu bukan kemuliaan anda. Tanya diri apa kita nak persembahkan kepada Tuhan kelak? Adakah berfoya-foya ini mampu menghadirkan ketenangan? Ketahuilah bahawa hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang Berhenti cari manusia mulakan dengan mencari Tuhan! Jika diri masih tak sempurna.Apa yang membuatkan kita expect that kita mampu jaga orang lain? Sedarilah bahawa dunia ni hanya tempat persinggahan bukan destinasi akhir Saya himpun hadis, usrah, tadabbur ayat quran, quotes Moga bermanfaat! Apa definisi cinta pada kita? Berkiblatkan nafsu yang tak pernah capai tahap kepuasan ? Atau sedang mengunakan landasan Allah sebagai jalan menuju illahi? Cinta yang bermula dengan nafsu akan berakhir dengan kebinasaan. Tapi cinta yang bertakhta kerana Allah nak cari redha Allah akan menjadi sebuah cinta yang kekal mekar di jalan Allah. Pilih cinta yang menuju syurga bukan neraka. Andai baju kita kotor kita berusaha sebaik mungkin nak bersihkan, nak hilangkan kekotoran tu sebab tak tahan,tak suka dengan keadaan baju tu dan tak indah kalau orang pandang. Tapi kenapa kita tak membersihkan hati yang mana hati ialah tempat pandangan Tuhan?. Kita sama-sama pimpin tangan ke syurga.Jom jadi manusia hebat! 🏆🎉 Ranking Achievements 🎉🏆🌟 🥇# 1 in hikmah🏆✨ 🥇# 1 in spreaddakwah🏆✨ 🥇# 1 in sharing🏆✨ 🥇# 1 in kebaikan🏆✨ 🥇# 1 in muhasabahdiri🏆✨ 🏅# 4 in soul🏆✨ 🏅# 9 in moveon🏆✨ *Moga perkongsian ini menjadi ladang amal buatku kelak. " YA ALLAH SAKSIKANLAH SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENYAMPAIKA
You may also like
Slide 1 of 9
Mi Cariño cover
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C cover
He is my crush ✅ [COMPLETED] cover
Inilah Takdir kita cover
Mr. SOTONG 🐙🐙 COMPLETE cover
🍂 ReLaKu PuJuK  (Published) 🍂 cover
× SAVE ME × [ Complete ] cover
MUHASABAH CINTA cover
Buku of Poem cover

Mi Cariño

9 parts Ongoing

Prekuel Mi Esposa Holy Dragon's Third Leader Megat Hafiz and Salsabella Irine