🏆 Winner of Anugerah Bintang Wattpad 2020 ( ABW )
Aura Iman Thania. Orangnya bertubuh genit, gadis kacukan Melayu dan Russian. Terperangkap di dalam kemelut krisis keluarga yang memegang rahsia besar tanpa pengetahuannya. Kehilangan ibu tersayang akibat dibunuh, memulakan kisah yang penuh berliku di dalam hidupnya. Dia dijadikan target si pendendam senyap. Satu per satu kisah hitam keluarganya terbongkar.
Kepolosan, ketulusan hatinya sendiri akhirnya menyelamatkan dia dari dendam. Namun, dendam tetap dendam. Janji dam tekad telah dibuat. Luf Gabriel, lelaki yang dicintai dan diletakkan seluruh kepercayaannya akhirnya menghancurkan dirinya.
"Aku Gabriel. Gabriel yang kau cari selama ni." -Luf Gabriel
"Awak, Luf." -Aura
"Kau tak takut dengan aku? I might kill you." -Luf Gabriel
"Awak... sampai... sampai hati awak... Sampai hati... awak jual cinta saya..." - Aura.
Dalam kepayahan untuk bangkit, ada tangan yang sentiasa dihulur dalam diam.
"Kalau pun kita tak ada jodoh, saya tetap akan jaga Aura dan Bella." -Malik Iqram Chan.
Namun, apabila sekali lagi dia diuji dengan penipuan yang tiada kesudahan di dalam hidupnya, Aura rebah. Mata dipejam, hati dibekukan, otak memilih untuk terus memadam memori.
"Semua yang dia sayang, semua akan pergi tinggalkan dia. Banyak sangat dugaan dalam hidup dia sampaikan dia harap sangat yang dia boleh tidur dan bangun semula dan berada di dataran University Moscow doing our sketch together. Semua memori yang selepas itu dia nak lupakan. Nampaknya doa dan impian dia seakan dimakbulkan bukan?" -Deandra.
Di antara dendam dan cinta, pihak mana yang akan diberi kemenangan? Benar ke, peluang kedua itu patut diberikan walaupun teruk hati disakiti?
KARYA PERTAMA
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
⚠ DILARANG PLAGIAT
Start - 27/9/2024
End -