•| The Bright Mermaid of Atlantis |•
Dia, berasal dari Kerajaan Besar Atlantis. Lahir dari keturunan High Mermaid, iaitu King Hallord dan Queen Herlyn sendiri.
Ye, dia seorang Putera. Putera kerajaan Atlantis.
Satu sumpahan terjadi akibat sifat angkuh sang Raja. Dia menanggung akibat! Lahirnya dia umpama satu malapetaka bagi Raja dan Permaisuri.
Dia, satu-satunya duyung yang lahir fizikalnya seperti manusia. Dia tidak bersisik. Dia tidak berekor. Dia mempunyai kaki!
Dia, putera yang terbuang. Dijaga oleh kaum manusia.
Ye, dialah Aries Hallord. Putera Atlantis.
Start : 27/1/2020
End :
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar.
Ada juga watak-watak yang direka untuk menyedapkan jalan cerita.
Ada beberapa jalan cerita yang tidak berkaitan dengan adegan intim adalah adegan sebenar penulis sendiri