FAKHRI : Nama Yang Tak Pernah Aku Panggil
Pernah tak kau bertemu seseorang yang tanpa kau sedar perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada hidup kau?
Seseorang yang pada awalnya cuma seorang kawan. Tempat kau bercerita, bergurau, berkongsi hari-hari yang biasa... sehingga suatu hari kau sedar, dia bukan lagi sekadar seseorang yang hadir dalam hidup kau.
"Jika satu hari nanti saya kena pergi jauh dari sini... abang akan ingat saya?"
Aku ketawa kecil waktu itu.
Aku tak tahu kenapa soalan sesederhana itu terasa begitu berat untuk dijawab.
"Kalau kau takde kat sini nanti, aku rasa aku pun tak boleh bertahan lama kat tempat ni..."
Mungkin kerana sesetengah manusia datang ke dalam hidup kita bukan sekadar untuk menemani.
Mereka menjadi sebahagian daripada tempat yang kita panggil rumah.
Dan bila mereka pergi, yang tinggal bukan cuma kenangan.
"Aku tahu... tempat ni ada banyak kenangan untuk kau. Tapi kalau kenangan tu mula menyakitkan... aku sangat faham jika kau nak cari tempat baru untuk sembuh."
Ini kisah Hazim dan Fakhri.
Dua sahabat yang bertemu dalam sebuah tempat, kemudian perlahan-lahan menjadi terlalu penting dalam hidup masing-masing.
Tentang persahabatan yang tumbuh tanpa dirancang, kenangan yang terbina dalam perkara-perkara kecil, dan sebuah kehilangan yang mengubah segala-galanya.
Kerana ada sesetengah perasaan yang tak pernah sempat disebut...
tetapi tetap tinggal dalam hidup kita.