Yasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Takumi. Ada satu peristiwa terjadi lalu Ayden mengambil keputusan untuk menjadikan Yasmin sebagai pembantunya.
Bermulalah kehidupan Yasmin menjadi pembantu Ayden. Melalui keluarga Ayden, Yasmin mengetahui kisah lampau Ayden, kisah yang membuatkannya dingin dan beku. Langsung Yasmin tidak menyangka bahawa Ayden boleh melalui semua itu.
"Awak dingin sebab awak nak lindungi hati awak yang berdarah tu, Ayden Takumi" - Yasmin Nuraisya-
Tanpa diduga, kisah lampau Ayden kembali menghantui mereka. Dua nyawa orang terdekat Yasmin dan Ayden terkorban akibat kisah lampau Ayden itu. Yasmin dan keluarga Ayden menjadi buruan. Pelbagai cara Ayden lakukan untuk selamatkan Yasmin dan keluarganya.
"Kenapa mereka pergi, Fujiwara-san? Saya tak kuat" - Yasmin Nuraisya-
"I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry. Semua ni jadi sebab aku, Yasmin Nuraisya" - Ayden Takumi-
Adakah Ayden berjaya selamatkan Yasmin dan keluarganya? Ataupun, dirinya sendiri yang terkorban demi mereka?
Affan Adry x Affan Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]