Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
  • مقروء 7,478
  • صوت 398
  • أجزاء 102
  • مقروء 7,478
  • صوت 398
  • أجزاء 102
إكمال، تم نشرها في ينا ٣١, ٢٠٢٠
Sejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun berlalu Natalia bertemu dengan Nik secara tidak sengaja di Trevi Fountain di Rome. Ketika itu Nik terpaksa membantu seorang wanita melayu yang tidak faham dan mengerti akan bahasa Italy agar tidak di tangkap polis. Apakah pertemuan mereka yang tidak di sangka itu akan membuatkan hubungan Natalia dan Nik baik semula? Benarkah Natalia membenci Nik atau menyukainya?
جميع الحقوق محفوظة
الفهرس
قم بالتسجيل كي تُضيف Jodoh Pasti Bertemu (Completed) إلى مكتبتك وتتلقى التحديثات
أو
#42destiny
إرشادات المحتوى
قد تعجبك أيضاً
Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta) بقلم cikshazee
15 جزء undefined أجزاء إكمال
PRIMA FACIE SHERA ZULGHAFAR Sem. Malaysia RM26.00 Sabah/Sarawak RM29.00 Sinopsis: Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. "Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?" - NUR NADHRAH "Well, that depends on how we are treated." - AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terlampau benci. Nanti akan jatuh sayang! Bagaikan magnet yang berbeza kutub, mereka akan kembali bercantum. Di mana ada Nadhrah, di situ juga ada Raffi. Kehadiran Sarah, bekas kekasih Raffi, kembali mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Aiman Suffi yang dalam diam sudah lama menaruh hati dan perasaan pada Nadhrah. Mereka berdua punya matlamat yang sama: masing-masing mahu cinta mereka diterima Nadhrah dan Raffi. "Kalau susah sangat, kau kahwin aje dengan aku, Nad! Habis cerita!" - AIMAN SUFFI "Penting sangat ke Nadhrah dalam hidup you ni, Raffi?" - SARAH AYESHA Namun, ada satu rahsia besar yang disembunyikan Raffi daripada pengetahuan Nadhrah. Tanpa diduga, malang yang menimpa Nadhrah membuatkan dia terpaksa bergantung harap pada lelaki yang pernah dibencinya. Tanpa sedar, timbul satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam hatinya yang selama ini membenci seseorang yang bernama lelaki. Mampukah Nadhrah merendahkan egonya dan berterus-terang pada Raffi akan perasaannya yang sebenar? Atau, patutkah dia tepis rasa rindu dan sayang yang kian mekar di dalam jiwa? Dalam mencari kebenaran, siapakah Nadhrah di dalam hidup Raffi? Apa rahsia yang selama ini Raffi sembunyikan daripada pengetahuan gadis itu? Tidak dicintai memang menyedihkan, tetapi jauh lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama ketika hati sudah saling mencintai. Jika harus memilih antara nafas dan cinta, maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan aku cinta padamu.
AFFAN_ADRA | In Editing بقلم MissHumairah27
94 جزء undefined أجزاء مستمرة
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki - barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis manis itu dan menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam, diungkap dalam doa, dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.
Perfect Sky بقلم saraimani99
50 جزء undefined أجزاء إكمال
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL بقلم Yasmyns_Dahlia
58 جزء undefined أجزاء مستمرة
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End :
[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang بقلم sweetpeachy_
77 جزء undefined أجزاء إكمال
[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya berkembang seiring dengan sikap playboynya. Baru berusia 26 tahun, dia memiliki sebuah empayar perniagaan yang cukup menaikkan namanya dipersada Malaysia. Namun, disebabkan oleh sikap 'buaya' nya itu telah menyebabkan Tan Sri Zhahir dan Puan Sri Nadirah memaksanya untuk berkahwin. Walaupun sikap playboynya itu semakin menjadi-jadi Adrian Daniel masih lagi waras untuk memperisterikan salah seorang daripada kekasihnya itu. Namun, boleh dikatakan kesemua 'kekasih hati' Adrian Daniel ditolak oleh Puan Sri Nadirah. Lebih baik untuk Adrian dia berfikir untuk berkahwin dengan Eryn Camelia. Lega sikit hati kedua orang tuanya itu dan juga dirinya sendiri tidak perlu me dengar bebelan orang tuannya lagi. Memiliki kerjaya yang tetap dalam bidang pendidikan membuatkan Eryn Camelia menjadi seorang tenaga pengajar pada usia yang muda. Tambahan pula, dia pandai berbicara dalam segala bab membuatkan Eryn Camelia dikenali ramai. Dia juga pernah menjadi viral hanya disebabkan oleh satu gambar yang dimuatnaik di Instagram oleh adik lelakinya. Gambar 'naked-face' Eryn Camelia itu memperoleh lebih dari 15 ribu likes di akaun Instagram milik adik lelakinya membuatkan dirinya dikenali ramai. Bukan hanya dikenali sebagai pensyarah muda malah dia juga pernah dilamar untuk menjadi seorang model. Ketika Adrian Daniel dan Eryn Camelia berumur 16 tahun mereka menjadi sahabat yang akrab sehingga sekarang yang membuatkan kedua orang tua mereka menaruh harapan yang anak-anak mereka bakal berkahwin satu hari nanti. Tercapaikah impian yang mereka inginkan? Mampukah kisah cinta sahabat baik ini menjadi kisah realiti daripada fantasi orang tua mereka? Sanggupkah Eryn Camelia menjalani kehidupannya sebagai isteri kepada playboy terkenal di Malaysia? Nantikan... Start: 8 December 2019 End: 24 July 2021
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] بقلم Dasyaishere
52 جزء undefined أجزاء إكمال
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?