4th ❤ LoveStory ❤ by_EYRA SHAZLEYRA_ "Kerna separuh dari jiwaku adalah kamu." Azalea, seorang gadis yang membesar dalam kepayahan. Digelar anak sial kerana menjadi punca kemalangan yang menimpa dan mengorbankan ibu bapa angkatnya. Kerana itu dia berubah tingkah menjadi Zoe demi melindungi diri. Tengku Zafrel bergelar duda setelah isterinya meminta perpisahan. Menantu pilihan Puan Sri Zarina tak sanggup nak menjaga mama mertuanya yang disahkan lumpuh setelah tragedi menimpa. Lalu lelaki itu diberikan kepercayaan untuk meneruskan legasi keluarga. Pertemuan dengan Azalea dan Camelia, Tengku Zafrel sedar dia kenal keduanya. Mereka pernah bertemu bertahun dulu. Dan dia turut sedar rasa di hatinya bukan biasa-biasa. Lalu sesuatu terpaksa dilakukan demi dia memiliki Azalea sebelum gadis itu kembali ke pangkuan Tan Sri Tengku Muzaffar. Kerana dia bukan sesiapa. Azalea pula terpaksa menerima lelaki itu kerana Tan Sri Tengku Muzaffar merupakan manusia yang paling dia sanjungi. Tanpa hati mencintai Tengku Zafrel yang jelas punya masalah dalam skop sosial. Sejenis manusia biseksual. Tanpa mengetahui perhubungan yang terjalin antara mereka. Tanpa sedar rahsia besar keluarga yang masih tersembunyi. Satu demi satu misteri terbongkar tanpa dirancang. Paling penting, tanpa Tengku Zafrel, Azalea tak mungkin wujud di dunia ini. Lalu dia menerima lelaki itu seadanya. Di saat hati Azalea mula mencintai suami sendiri, bekas isteri lelaki itu muncul dengan perut boyot. Lalu sekelip mata juga status diri Azalea berubah. Cekalkah hatinya untuk terus menerima cacian yang dia memang bawa sial? Tegakah Zoe terus meninggalkan Azalea yang kembali tersungkur dalam kepayahan? Sanggupkah Tengku Zafrel melukakan hati isteri yang dicintainya demi ketaatan pada wanita yang telah mengiktiraf kewujudan diri? # M I N E_S H A Z
13 parts