"Biar saya bertanggungjawab!!!" - SYARIF Lafaz itu berjaya menghentikan seorang gadis daripada meneruskan keputusannya untuk menamatkan nyawanya sendiri. Ainul Mardhiah nekad untuk membunuh diri setelah ujian besar melanda hidupnya. Namun munculnya Syarif Firdaus telah mengubah apa yang gadis itu nekadkan sebelum ini. "Biar saya bertanggungjawab pada awak dan anak tu. Saya ikhlas, Ainul. Saya akan kahwin dengan awak." - SYARIF "Kau dah gila ke apa! Kau jangan berlagak jadi penyelamat pada aku, Syarif. Aku tak perlukan simpati kau!" - AINUL Penolakan Ainul nyata menghadirkan rasa kecewa dalam hati Syarif. Sekali lagi kerana kekurangan dirinya, cinta yang dihulurkan telah ditolak dengan cukup mudah oleh si gadis. "Saya tahu takkan ada perempuan yang sanggup kahwin dengan saya. Saya ni tak sempurna. Tangan saya cacat. Saya tahu saya tak layak untuk mana-mana perempuan pun." - SYARIF "Syarif... aku..." - AINUL Benarkah Syarif Firdaus tulus ikhlas untuk memelihara maruah dirinya? Hati kecil Ainul tertanya-tanya. Patutkah dia menerima saja lamaran lelaki yang sudah digelar encik penyelamat itu? Jika ya Syarif benar-benar ikhlas memperisterikannya, adakah keluarga lelaki itu turut mampu menerima diri Ainul yang sudah tercela? Mungkinkah jodoh yang bakal terbina nanti kekal selamanya? Atau ia sekadar sebuah jodoh yang sementara?All Rights Reserved