Penulisan-penulisan yang mengupas dan membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan seks dari segenap aspek; agama, idea, pemikiran, sejarah dan lain-lain dari sudut pandang Amir Kazuma. Perlu diingatkan bahawa penulisan yang ada di sini mungkin sahaja kontroversi dan pelik daripada yang lain. Pembaca perlu menelaahnya dengan minda yang terbuka dan dada yang lapang serta bersikap objektif dan kekalkan semangat ilmiah. Jika tidak, penulisan ini mampu menyinggung anda. Lebih baik tinggalkan sahaja jika tidak dapat dibaca dengan tenang. Anda boleh membaca artikel yang ada di dalam ini tanpa mengikut turutan. Untuk pengetahuan tambahan, boleh baca siri saya di kolum «Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksual» dan «Fiqh Seksual». Setiap penulisan saya, huruf bahasa Arab akan ditransliterasikan seperti berikut : ء = ^ ب = B / b ت = T / t ث = Ṯ / ṯ ج = J / j ح = Ḥ / ḥ خ = H̱ / ẖ د = D / d ذ = Ḏ / ḏ ر = R / r ز = Z / z س = S / s ش = Š / š ص = Ṣ / ṣ ض = Ḍ / ḍ ط = Ṭ / Ṭ ظ = Ẓ / ẓ ع = * / ᶜ (untuk perkataan bahasa Arab yang dimelayukan) غ = Ġ / ġ ف = F / f ق = Q / q ك = K / k ل = L / l م = M / m ن = N / n ه = H / h و = W / w ي= Y / y Bacaan ₍al-Madd₎ : ا = ā و = ū ي = ī Jika ia adalah huruf bersifat ₍al-Isti*lā^₎ = ō Selebihnya boleh baca 「Sistem Transliterasi Dan Penandaan Penulisan Saya」 di kolum «Pembuka Kepada Interaksi Amir Kazuma». Pengecualian untuk perkataan yang sudah diiktiraf rasmi atau meluas penggunaan atau bertepatan dengan kaedah dalam penulisan bahasa Melayu atau Indonesia atau sudah diterjemahkan atau sesuai dengan praktik terjemahan atau sesuai menurut pertimbangan saya. Jika ada perkataan di penulisan di sini yang tidak saya mentransliterasikannya atau salah mentransliterasikannya atau yang menjadi kemusykilan, sila maklumkan kepada saya.All Rights Reserved